KUALA TERENGGANU – PAS menegaskan, calon bebas pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohd Nor Yassin (Gambar) bukan ahlinya kerana beliau telah meniggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah.
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, rekod menunjukkan Mohd Nor meninggalkan parti itu pada 10 Mac lalu.
“Saya mengesahkan beliau bukan seorang ahli PAS kerana dia meninggalkan kami. Beliau adalah ahli Amanah, sebuah parti Pakatan Harapan,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, 30 Mac.
Takiyuddin berkata demikian, mengulas dakwaan Mohd Nor bahawa beliau masih ahli PAS.
Sehubungan itu, Amanah mengesahkan hari ini bahawa Mohd Nor Yassin, yang bertanding dalam pilihan raya kecil Rantauaya sebagai calon bebas, menyertai parti tu baru-baru ini.
Setiausaha agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, jawatankuasa pengurusan parti itu akan mencadangkan tindakan ‘memecat’ Mohd Nor.
Mohd Nor, kata Anuar, mencalonkan diri untuk PRU tersebut tanpa kebenaran parti yang menyaksikan, Pakatan Harapan meletakkan calonnya Dr S. Streram.
“Sementara menunggu keputusan jawatankuasa disiplin parti itu, semua anggota dan penyokong Amanah berkempen di pilihan raya kecil Rantau ini diarahkan hanya untuk membantu kempen Pakatan Harapan Dr S. Streram, “kata Mohd Anuar dalam satu kenyataan.










