CAKNE : Komitmen PAS Agih Bantuan Secara Terus

1530

KUALA NERUS – Membantu mengumpulkan sumbangan dan mengagihkan bantuan keperluan rakyat Kuala Nerus telah menjadi objektif utama penganjuran program Cakna Kuala Nerus ( CAKNE ) yang bermula pada 27 Julai sehingga 10 Ogos 2018.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ianya dapat memberi peluang kepada mana-mana pihak yang ingin berkongsi rezeki bersama untuk dinikmati bagi golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

“Program yang dibuat pada hari ini bertujuan mengajak masyarakat Kuala Nerus untuk menyumbang kerana itu adalah sifat orang-orang yang beriman,

“kita tahu orang susah berada di mana-mana dan ianya merupakan kewajipan kita untuk sama-sama mengajak  berganding bahu membantu orang susah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pada Majlis Pelancaran Program CAKNA Kuala Nerus (CAKNE) pengumpulan dan agihan keperluan asas rakyat miskin percuma di perkarangan Pasar Batu Enam pada Jumaat, 27 Julai.

Menurutnya, program berlangsung selama dua minggu bagi membuka ruang kepada masyarakat menghantar keperluan mereka ke sini dan orang miskin datang terus ambil barang.

“Keperluan asas yang disumbangkan seperti beras, gandum, sardin, minyak masak serta bantuan perbelanjaan akan terus dikumpul dan diagihkan kepada keluarga yang layak,

” Gula kita tidak digalakkan oleh kerana kita ingin menggalakkan rakyat mengamalkan cara hidup yang sihat,” katanya.

Menurutnya, seramai 30 keluarga menerima bantuan hasil sumbangan orang ramai dan sedikit wang tunai yang diagihkan oleh pihak urusetia program.