Bumi Bergolak Gaza, KAMI Bersedia!

944

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu memandang serius dengan penuh simpati dan rasa kebersamaan berita tragedi menimpa rakan media, seorang wartawan Palestin yang terbunuh syahid dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pasar di Shejaiya, Gaza pada Rabu 30 Julai lepas.

Rami Ryan PressRami Rayan, jurugambar ‘Palestine Network for Press and Media’, dilaporkan ketika kejadian berada di pasar berkenaan untuk membuat laporan mengenai aktiviti membeli-belah rakyat Palestin ketika satu gencatan senjata selamat empat jam yang ditawarkan Israel untuk tujuan kemanusian.

KAMI amat memahami risiko yang dihadapi oleh seorang petugas media yang berada di zon perang, tetapi kematian Ryan ketika tempoh gencatan senjata dan lokasinya adalah di sebuah pasar awam mengambarkan bagaimana kerakusan dan kebebalan Israel yang bertindak kejam tanpa sebarang lunas undang-undang perang antarabangsa.

Apatah lagi gambar jenazah Ryan yang diusung ke hospital dalam keadaan masih memakai jaket dan topi keledar yang ditulis ‘PRESS’. Menunujukkan Ryan dengan jelas menampilkan identiti seorang petugas media tanpa sebarang penyamaran yang mengelirukan.

IMG_20140803_133206Selain dari Ryan, serangan ke atas pasar tersebut juga telah mengakibatkan syahidnya sekurang-kurangnya 17 orang walaupun gencatan senjata sedang berlangsung di Gaza ketika itu.

Bumi Gaza sebenarnya tidak asing bagi KAMI. Dua orang wartawan KAMI Sazali Mohd Noor dan Khairul Azlam Mohamad pernah berada di sana untuk mendapatkan ‘first hand info’ berkaitan situasi sebenar di bumi perjuangan ini.

Memang menjadi polisi KAMI untuk berada sendiri di wilayah bergolak ummat Islam agar KAMI bisa menghidangkan kepada dunia wajah dan kondisi sebenar setiap tragedi dan pergolakkan yang melibatkan ummat Islam. Kita tidak boleh mengharapkan sumber dari media barat yang berkepentingan dan berat sebelah.

Dengan bumi Gaza yang kini hampir lumpuh diganyang Israel, KAMI bersedia untuk ke sana lagi walau bukan untuk memikul senjata. Senjata KAMI adalah kamera, pen dan keyboard! Semoga ada pihak yang boleh membantu mempermudahkan perjalanan jihad media ini.

*Penulis adalah Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu.