Bukti(1) Monsoon Cup Membazir, Kurang Memberikan Manfaat Kepada Rakyat Terengganu

971

malah ada golongan yang langsung tidak mendapat apa-apa manfaat.

Sebagai contohnya, golongan nelayan, langsung tidak mendapat apa-apa manfaat dari sukan perahu layar itu, sedangkan disebut-sebut dan ditulis secara fakta, idea menganjurkannya berkait rapat dengan nelayan.

Bekas Pengerusi T-Best Events, penganjur Monsoon Cup, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh cuba mengelirukan rakyat Terengganu dengan apa yang diperolehi dari penganjuran Monsoon Cup.

Beliau menyebut, ‘kejayaan’ yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, tidak dinafikan sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri Terengganu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Rakyat Terengganu tentu faham, sekiranya tidak dapat diukur dan dibuktikan, kejayaan yang dimaksudkan itu ‘hampir-hampir tidak ada’, kerana sekiranya ia ada, pasti dapat dibuktikan.

Sehubungan itu, krew Buletinonline akan membuktikan bahawa Monsoon Cup tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, sepanjang penganjuran tahun ini (2009).

Tinjauan ke tapak Karnival Monsoon di Dataran Shahbandar semalam menyimpulkan, tidak ramai dari golongan peniaga Terengganu yang menjalankan perniagaan.

Rata-rata peniaga, adalah datang dari luar, berdasarkan lori dan van serta temubual dengan para peniaga berkenaan.

Lihat gambar-gambar dibawa
h;.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/MCup1%20001.jpg
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/MCup1%20002.jpg
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/MCup1%20006.jpg
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/MCup1%20007.jpg
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/MCup1%20008.jpg
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/MCup1%20009.jpg
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/MCup1%20010.jpg
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/MCup1%20011.jpg