Bukit Besi Bakal Lenyap Dari Muka Bumi

4287

PAS amat bersetuju sekiranya usaha ekonomi dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan rakyat negeri Terengganu.

Sebaliknya sejak ia dibuka semula pada tahun 2010, lombong bijih besi di Bukit Besi tidak banyak membawa perubahan kepada peduduk Bukit Besi dan hanya membawa pulangan hasil yang sedikit kepada kerajaan.

Dr Alias sidang DUN1Berbanding kehilangan khazanah negeri, pencemaran alam sekitar dan ketidaktelusan serta pembohongan yang dilakukan, adalah lebih banyak dari faedah yang diperolehi dan dinikmati

Hasil Diperolehi

Menurut Pesuruhhaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, hasil yang dilaporkan oleh kerajaan negeri dari perolehan cukai perpindahan tanah bijih besi adalah hanya RM1.8 juta.

ADUN Paka itu berkata, hasil itu terlalu sedikit, berbanding pegeluaran bijih besi sehingga tahun lalu sebayak 18 juta tan.

Jumlah tersebut tidak munasabah kerana ia hanya lebih sedikit dari hasil yang diperolehi dari cukai pasir yang bernilai RM1.2 juta.

Dr Alias Bukit BesiTimbalan Pesuruhjaya Dr Alias Razak yang melawat kawasan lombong tersebut baru-baru ini berkata, kegiatan perlombongan bijih besi yang sedang berjalan dengan begitu ‘agresif’ dan bijih yang dikeluarkan berkualiti tinggi.

ADUN Bukit Tunggal itu berkata, sepatutnya ia melebihi jumlah sebagaimana dimaklumkan kepada sidang ddewan Undangan Negeri yang lalu.
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said pernah berjanji dan member jaminan, memastikan bijih besi yang dilombong akan diproses melalui kilang yang dibina dalam negeri.

Sebaliknya ia hanyalah bohong semata-mata, apabila pelaksanaannya, semua bahan mentah hasil lombong tersebut dihantar ke luar negara.
Beliau menyifatkan tindakan tersebut tidak betul, bahkan menjadi satu kerugian yang besar kerana peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

bukit besi6Setelah didedahkan oleh Buletinonline pada 13 April, Ahmad Said mengubah janjinya dan mengisytiharkan polisi baru serta merta, ‘meludah’ kembali jaminan beliau bahawa bijih besi akan diproses dalam negeri.

Secara tiba-tiba, pada 16 April, kerajaan negeri menetapkan semua pengeksportan bijih besi perlu dibuat melalui Pelabuhan Kemaman bagi mengawal dan mengelakkan ketirisan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Ahmad Said berkata, ia juga bagi membolehkan Pelabuhan Kemaman lebih berdaya saing, selain dapat nilai tambah dari segi penggunaan kapal, bayaran sewa penggunaan pelabuhan dan sebagainya.

Kerajaan Negeri Bukan Terdesak

Katanya, kerajaan negeri Terengganu bukan ‘terdesak’ untuk mencari sumber kewangan dan terpaksa membuka semula lombong yang telah ditutup sejak tahun 1970.

bbesi 5aPada setiap tahun, kerajaan mendapat royalty petroleum yang dipanggil wang ehsan dari kerajaan persekutan dan membelanjakan sebanyak lebih RM2 bilion pada tiap-tiap tahun.

Sejak tahun 2008 sudah RM13 bilion dibelanjakan oleh kerajaan dan ia mejadi bukti bahawa kerajaan negeri Terengganu bukanlah kerajaan yang ‘sesak’.
Namun persoalannya adalah, apa yang menyebabkan kerajaan mengambil tindakan ‘rakus’ tersebut?

Pemusnahan Hutan Besar-besaran

Sebanyak lima buah syarikat telah menjalnkan operasi melombong sejak tiga tahun lalu diberi lesen pajakan selama lima tahun.

Dalam usaha melombog secara terbuka, hutan dibersihkan dan pokok-pokok ditebang bagi membolehkan tanah dikorek untuk ditapis bagi mengasingkan bijih daripada tanah.

bbesi 7aBelum pun tamat pajakan kepada lima syarikat itu, kerajaan sekali lagi ‘dengan rakusnya’ memberikan lesen pajakan kepada lima buah syarikat lain untuk melombong.

Untuk tujuan itu, tanah yang diluluskan kepada Tabung Amanah Warisan akan dibersihkan hutannya sehingga ‘botak licin’.

Menurut Ahli Jawtankuasa Kerja PAS Pusat, YBM Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, seluas 2, 553 hektar diluluskan dan diberikan kepada enam syarikat seperti berikut;

1. Jalur Bangga Sdn Bhd
2. Lanjut Edaran Sdn Bhd
3. Bakti Semerbak Sdn Bhd
4. Syarikat Selesa Bestari Sdn Bhd
5. Perkayuan L & I
6. Quality Sawmill Sdn Bhd

20140411_115226Pemusnahan hutan besar-besaran itu amat mengejutkan kerana ia mengorbankan khazanah negeri Terengganu termasuk kawasan hutan simpan Besul tambahan, Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Besi.

Ia bermakna, pada masa lima tahun akan datang, Bukit Besi yang dilihat ‘hijau’ dan begitu ‘gah’ berdiri akan lenyap dari muka bumi dan hilang dari pandangan mata!

Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkat, dengan pembalakan bersla ‘mega’ dalam sejarah negeri Terengganu itu, serta perlombogan bijih besi dan kilang kelului yang bakal dibina akan menyebabkan kemusnahan ‘ekologi’ dan kehilangan khazanah hutan simpan bagi negeri Terengganu.

Kerajaan negeri pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) begitu berani mengikis harta negeri dengan meluluskan tanah-tanah untuk pajakan yag tidak diluluskan oleh kerajaan PAS pada tahun 1969 kepada syarikat EMMCO.

Catatan kajian mendapati, antara sebab penutupan lombong besi yang dikendalikan oleh EMMCO pada tahun 1970 adalah kerana kerajaan negeri ketika itu enggan meluluskan tanah-tanah yang lebih luas, bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar

Sungai Luit yang tercemarKemusnahan Ekologi, Banjir dan Pencemaran Alam Sekitar

Satu kajian mendapati, kejadian ‘Bah Air Merah’ yang berlaku pada tahun 1969 adalah akibat perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Kajian itu menyatakan, akibat perlombongan yang sangat aktif, hutan di kawasan Bukit Besi dan Bukit Lentor mulai gondol. Bukit-bukit yang selama ini tinggi menjadi tasik.

Pada tahun I963, telah berlaku satu tragedi besar di kawasan ini dan negen Terengganu amnya. Hujan yang turun dengan lebatnya pada musim tengkujuh tidak dapat dihalang oleh tumbuhan yang menjadi halangan semulajadi dan’ masuk ke sungai.

Tanah runtuh berlaku secara besar-besaran. Air hujan bersama tanah mengalir masuk ke sungai-sungai di Hulu Dungun. Air melimpah ke tebing menyebabkan banjir besar berlaku. Hal yang samajuga turut berlaku pada tahun 1969 hinggakan bah besar yang terjadi di kenali sebagi “Bah Air Merah”.

Sungai Luit yang tercemar1Pada kedua-dua tahun tersebut, kehidupan penduduk tempatan musnah termasuklah tanaman padi dan binatang ternakan. Masyarakat nelayan adalah golongan yang sangat menderita kerana mereka tidak boleh ke laut dalam jangka waktu yang agak panjang.
Ini menjelaskan keadaan banjir yang berlaku pada musim tengkujuh, penghujung tahun 2013 baru-baru ini.

Degan pembukaan semula lombong bijih besi tersebut, penduduk Bukit Besi dan sekitar kawasan Dungun terdedah dengan kejadian malapetaka yang sama, bukan secara semulajadi, tetapi akibat ‘tangan-tangan manusia’.

Kesan awal pencemaran alam sekitar mula dilihat dan dirasai oleh penduduk setempat.
Sungai Luit yang terletak palig hampir dengan tapak perlombogan dulunya adalah menjadi ‘syurga’ kepada para pemancing.

Namun kini, menurut seorang kaki pancing ikan air tawar, Encik Malik, akibat kandungan sulfur yang tinggi hanya ikan Toman dan Haruan sahaja yang mampu hidup di sungai Luit, berhampiran dengan lombong bijih besi itu.

Katanya, kawasan tadahan hujan Sungai Luit, kini sudah terkampus dan dialiri oleh bahan cemar daripada kawasan lombong tersebut.