Berubah Kepada Sebuah Negara Yang Lebih Baik

716

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/P1180199.JPGdemikian ketika memberikan ucapan dalam Majlis Rumah Terbuka Perhubungan PAS Terengganu yang diadakan di perkarangan pejabat PAS, di Taman Seri Intan, disini, hari ini (13 Oktober).

”Supaya mereka memahami matlamat dan dasar yang diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat,

”(yang mana) perjuangan ini adalah untuk memandu negara kita kearah yang lebih baik dan menghapuskan gejala-gejala yang tidak sepatutnya berlaku,”katanya

Menurutnya, ia juga menjadi matlamat seluruh rakyat yang mempunyai rasa tanggungjawab dari pelbagai bangsa dinegara ini.

Apa yang kita sambut pada hari ini mempunyai agenda untuk memperlihatkan batang tubuh PAS dan perjuangannya yang lebih baik kepada umum.

”Inilah yang disebut dalam kitab suci al-Quran, iaitu untuk mengujudkan ’baldatun toyyibat wa rabbun ghafur’, sebuah negeri yang baik yang mendapat pertolongan daripada Allah, dan mendapat kemapunan dari Allah SWT,”ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Malaysia.

Beliau berkata program sambutan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Eidul Fitri yang diadakan pada hari ini, InsyaAllah akan melahirkan suasana kesatuan dalam usaha menggerakkan perubahan, menubuhkan kerajaan baru yang akan membawa kebaikan kepada semua. 

http://www.youtube.com/watch?v=QElwEueH2H0