Bersyukur, Tidak Cedera Walaupun Mengalami Kemalangan

4084

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Terengganu Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman bersykur kerana, walaupun mengalami kemalangan jalan raya, namun beliau selamat.

“Alhamdulillah saya tak ada luka.. cuma rasa sakit-sakit belakang je ni…..terima kasih semua,” ujar beliau dalam satu mesej, sejurus selepas beliau ditimpa kecelakaan itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim, Haju Khuz bersama beliau pada satu Majlis berbuka puasa sebelum bergegas ke Kota Bharu.

“petang tadi YB Haji Khuz bersama saya pada program (berbuka puasa bersama) penternak ikan di (Kampung ) Air Tawar,

“Lepas iftar dia berkejar ke lapangan terbang Kota Bharu untuk menghadiri mesyuarat esok ada di Pejabat Agung (PAS),” jelasnya.

Sehubungan itu, seramai 33 orang penternak ikan ‘Kerapu Hybrid’ daerah Besut telah diraikan pada majlis yang diadakan di Pusat Asuhan Ikan Bidie, Kampung Air Tawar.

Haji Khuz dalam ucapannya berkata, beliau telah bersetju dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meningkatkan jumlah kuasa elektrik ke kawasan penternakan itu.

“saya dimaklumkan oleh TNB, kawasan ni adalah kawasan hujung sekali (di pantai ini)….jadi bekalan elektrik selalu terputus, tidak cukup bekalan,

“saya dah bersetuju dengan cadangan TNB untuk penambahbaikan agar mendirikan sebuah sub-stesen di sini,” katanya.

Justeru itu beliau semua penternak dapat bersatu dan ditingkatkan ukhuwah dibawah perstuan yang sedia ada.

Katanya, semua Exco kerajaan telah berpakat untuk menjadi pemudahcara dan membantu semampu mungkin kepada semua penternak yang komited.

Hadir sama dan turut berucap pada Majlis itu selain Dr Azman ialah Pengerusi Penternak Ikan Air Tawar dan Air Masin Daerah Besut, Mohd Amrul Mat Aroh.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Dr Azman dan Haji Khuz mendengar taklimatr dari salah seorang pengusaha ‘Kerapu Hybrid’.