Assalamualaikum wbt.
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي
أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا * إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا * فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا)(إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي
أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا * إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا * فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
[Surat An-Nisa’ 97 – 99]
Ayat daripada Surah An-Nisa’ ini pada asalnya menceritakan tentang orang-orang Islam yang tidak mahu ikut berhijrah di jalan Allah. Sedangkan hijrah tersebut hakikatnya wajib bukan sahaja bagi melepaskan mereka daripada tekanan yang dikenakan oleh musuh-musuh Islam. Bahkan untuk memelihara dan menjaga kesucian serta menegakkan agama Islam itu sendiri.
Baru-baru ini, kita menyaksikan Mahkamah Syariah Negeri Terengganu menjatuhkan hukuman enam kali sebatan ke atas dua orang wanita yang mengaku bersalah atas dakwaan cuba melakukan hubungan sejenis. Meskipun ada pihak yang menyokong, terdapat lebih ramai pihak yang mempersoal dan mempertikai keputusan tersebut.
Perkara ini hakikatnya tidak wajar berlaku, sebatan yang dilaksanakan adalah adil mengikut garis panduan dan etika Islam. Di dalam Islam sendiri bahkan terdapat hukum hudud yang turut menjatuhkan hukuman sebat ke atas penzina dan peminum arak. Maka, hukum taazir dengan enam kali sebatan ini bukan lah perkara aneh yang perlu dikecam. Hukum taazir ini bertujuan pemberi pengajaran kepada pesalah dan memberi peringatan kepada masyarakat yang menyaksikan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Oleh yang demikian, mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah para sahabat Rasulullah S.A.W demi menegakkan Islam, marilah kita selaku umat islam, berhijrah demi memartabatkan Islam. Kita perlu bersatu menyokong sebarang tindakan terhadap pengaplikasian hukum Islam itu sendiri. Kita juga mestilah menyakini segala penyelesaian yang dibawa oleh Islam dan menolak segala usaha untuk menafikan kedudukan Islam serta usaha-usaha yang menghalang umat Islam daripada hak untuk melaksanakan tuntutan Islam.
Akhirnya, Salam Maal Hijrah diucapkan kepada seluruh rakyat Terengganu dan penduduk DUN Rantau Abang khususnya.
Semoga tahun 1440 hijrah ini menjanjikan masa depan yang lebih cerah untuk islam.
Ikhlas daripada:
YB. Cikgu Alias Harun
ADUN Rantau Abang
1 Muharram 1440H/10 September 2018










