Bersama Menangani Krisis Air Kuala Nerus

468

Sejak isnin 2 Ogos 2021 Parlimen Kuala Nerus dan Dun Batu Rakit, Parlimen Setiu berhadapan KRISIS AIR melibatkan lebih 28000 keluarga disebabkan pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.

Di Parlimen Kuala Nerus, ia melibatkan 54 buah kampung/JPKK iaitu 19 di Dun Buluh Gading, 26 di Dun Tepoh, 7 di Dun Seberang Takir dan 2 kg di Dun Bukit Tunggal.

Bagi menangani situasi dan memastikan bekalan air terus dinikmati oleh rakyat pihak Pusat Khidmat DUN dan Parlimen Kuala Nerus telah membuka bilik-bilik gerakan masing-masing bagi menyelaraskan semua gerak kerja.

Antara yang sedang dilaksanakan di Parlimen Kuala Nerus dengan kerjasama dan tindakan pantas YB ADUN-ADUN dan Penyelaras DUN; YB Ust Hishamudin Abdul Karim, YB Ust Ridzuan Hashim, YB Dr Alias Razak dan Hj Fadzil Abdul Wahab ialah:

1. menyediakan 117 tangki air berkapasiti 500-600 galen di setiap kampung dan JPKK untuk bekalan air diambil sendiri oleh rakyat. Bilangan tangki sedang dipertingkatkan lagi berdasarkan permintaan dan keperluan.

2. Bekalan air ke tangki-tangki tersebut dilakukan menerusi 6 tanker air Syarikat Air Terengganu (SATU), 2 tanker air bomba berkapasiti 20,000 liter setiap satu dan dua tanker air berkapasiti 40,000 liter setiap satu disediakan oleh Malaysian Rubber Council, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sepanjang tempoh krisis.

Bantuan juga diperolehi daripada 20 lori air daripada Pengurusan Air Pahang Berhad, Air Kelantan Sdn Bhd, Lembaga Air Perak, Syarikat Air Melaka Berhad, Syarikat Air Johor, Syarikat Air Darul Aman dan Syarikat Air Negeri Sembilan.

3. Bekalan air oleh 47 buah lori-lori kecil dan pacuan empat roda sukarelawan antaranya Jabatan Amal Malaysia membawa tangki air dengan kapasiti 500-600 galen yang bergerak ke kampung-kampung terus ke rumah-rumah yang memerlukan air. Bilangan lori dan pacuan empat roda sedang dipertingkatkan lagi menerusi bantuan sukarelawan. Bekalan air diambil daripada pili-pili bomba yang dibenarkan dan juga daripada lori-lori tanker serta bekalan air berpusat di bilik-bilik gerakan di Seberang Takir, Tepoh, Buluh Gading dan Bukit Tunggal.

4. Air minuman juga sedang diedarkan kepada rakyat. Sebanyak 4000 tong air 18 liter telah disumbangkan oleh Khidmat Malaysia Kuala Terengganu di bawah YB Ust Wan Sukairi dan YB Ust Khalil disamping sumbangan air minuman daripada beberapa YB ADUN yang lain.

15,000 tong air 18 liter sedang dibekalkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus untuk diedarkan rumah ke rumah oleh JPKK masing-masing.

Sumbangan bekalan air minuman dialu-alukan daripada pelbagai pihak bagi membantu rakyat.
Alhamdulillah, usaha pembaikan pam air di dasar Sungai Terengganu sedang berjalan dengan lancar oleh pihak SATU. Marilah kita berdoa agar krisis ini berakhir dengan segera.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di kalangan para pegawai kerajaan, ahli jawatankuasa JPKK, syarikat air dan sukarelawan kalangan Pemuda termasuk Jabatan Amal, Muslimat dan Ulamak serta NGO dan individu yang telah bertungkus lumus membantu rakyat dalam masa 5 hari ini dan untuk hari-hari seterusnya. Moga Allah membalas jasa-jasa kalian.

Juga tahniah saya ucapkan kepada rakyat yang bersabar dengan ujian ini dan memberi kerjasama yang baik dalam pengurusan krisis ini.

Rakyat yang berhadapan krisis air boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi wakil Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus di Dun-Dun iaitu:

– Dun Buluh Gading Ustaz Yusrizal +6013-9267731
– Dun Tepoh En Yusof +6013-9287731
– Dun Bukit Tunggal Ustaz Azzam +6019-9367731
– Dun Seberang Takir En Azmi +6019-2937731

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus