Terengganu, Malaysia

Bermusuh Dengan Umno Kerana Dasar Dan Prinsip

Adam Said

BESUT – PAS bermusuh dengan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan kerana benci ‘batang tubuh’ mereka, tetapi kerana dasar dan penyelewengan yang dilakukan oleh parti pemerintah itu.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Adam Said berkata, kerajaan Umno-BN sudah tidak mampu lagi untuk mengendalikan urusan masyarakat untuk bawa manusia kepada Allah.

Sebab itulah katanya, tidak ada pilihan lain kepada PAS, perlu mengambil posisi sebagai kerajaan untuk membawa urusan rakyat kepada kehidupan yang lebih sejahtera.

“Kita lihat pada hari ini tugas utama kerajaan (Umno-BN) mesti (dan) wajib ia bawa rakyat yang beragama Islam untuk kenal agama,

“Kalau kita sebagai ayah……maka kewajipan kita terhadap anak yang menjadi rakyat dalam rumah kita ialah wajib perkenalkan kepada anak-anak siapa itu Allah dan urusan dalam agama tanpa bertangguh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Pelancaran Markaz Pilihan Raya Unit Peti Undi (UPU) Padang Landak, Sabtu, 10 Februari, di sini.

Menurutnya, menjadi satu kewajipan bagi kerajaan menyediakan prasarana tempat-tempat yang boleh menjadi sumber ilmu.

“Hari ini kita tengok tak banyak dan kalau ada sekalipun di ‘anak tiri’ kan,

“Kerajaan Umno-BN tak cuba nak tolong sekolah agama kerana bagi mereka ini mungkin menyusahkan hidup kita,”ujar beliau.

Katanya, dalam soal pilihan raya, Umno dan BN telah melakukan perlbagai ‘tipu daya’ untuk memastikan mereka terus menguasai negeri dan negara.

Beliau berkata, pengalaman semasa menjadi ‘counting Agent’ di pusat pengiraan undi pada satu pilihan raya kecil beliau mendapati, kertas undi yang mahu dikira telah dimanupulasi.

“apabila masa angkat kertas undi…..macam mana kertas undi boleh bersusun dua tiga dalam satu lipat,

“kalau setakat masuk sekaligus ke dalam kotak undi) memang tak masuk……mana boleh masuk dan memang tak masuk tetapi macam mana apabila diangkat tersusun,

“ini bentuk penipuan dan saya pernah bilang undi di Negeri Sembilan, Bagan Pinang…..saya tukang bilang undi peti yang terakhir sampai dan peti itu dekat seminggu dah…. tetapi masa bilang tak sampai-sampai peti,

“Sepatutnya peti itu dah sampai awal lagi dan apabila saya buka sendiri peti, berpeti-peti bilang tiada satu pun pembangkang,” jelas beliau.

Selain itu, tegas beliau, kerajaan Umno-BN telah melakukan kezaliman kepada rakyat dengan melaksanakan Cukai Barangan Dan Perkhkidmatan (GST).

Justeru itu, kata beliau, pilihan raya umum ke-14ini adalah inilah masa yang terbaik kepada rakyat untuk tunjukkan kehebatan dan jatuhkan Umn-BN.

“Di Kuala Lumpur nak ‘parking’ kereta pun kena GST…….nak parking kereta tempat persendirian pun tulis termasuk GST,

“Mak cik pergi kedai nak beli (pencuci) mangkuk jamban (tandas) … nak beli clorox jamban pun GST juga…. zalimnya kerajaan Umno BN,” ujar beliau, kesal.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan