BERKAT 3.0 : Muslimat Terengganu Zahir Penghargaan

188

KUALA TERENGGANU – Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu menzahirkan setinggi-tinggi perhargaan kepada kerajaan negeri di atas pengumuman pelbagai insentif Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0).

Ketuanya, To’ Puan Zarani Othman menyifatkan langkah itu memcerminkan keprihatinan kerajaan PAS dalam membantu mengurangkan beban golongan yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh(Lockdown) bermula 1 Jun lalu.

” Kami sangat berbesar hati dan menghargai potongan sebulan gaji Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri yang dipotong untuk Tabung Covid-19 Terengganu,

“termasuk sumbangan daripada penjawat awam melalui potongan elaun mereka,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat Marang dipetik berkata demikian didalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu ujarnya, peruntukan RM200,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diagihkan secara dua fasa dilihat sangat membantu rakyat yang terkesan.

“Semoga dengan program BERKAT 3.0 ini, sedikit sebanyak membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 dan semoga Allah SWT merahmati kepimpinan Kerajaan Negeri untuk terus meneraju Bumi Darul Iman ini”, katanya lagi.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh rakyat, agar terus berdoa dan bermunajat, semoga Allah SWT memelihara dan melindungi kita semua.

“Patuhi SOP dan pastikan kita semua mendaftar vaksin dalam Program Imunisasi Negara,” tegasnya.