Bentang Kertas Putih Pemansuhan Skim Pencen

84

KUALA TERENGGANU – Kerajaan pusat sewajarnya membentangkan kertas putih berhubung pemansuhan skim pencen penjawat awam kerana isu tersebut melibatkan kepentingan rakyat terbanyak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Dr Alias Razak berkata, pembatalan khidmat yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2025 dijangka akan memberi impak besar kepada tiga sektor kritikal negara iaitu keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

“Apakah justifikasi kerajaan untuk tidak mengekalkan skim pencen penjawat awam dalam sektor kritikal khususnya di Kementerian Kesihatan (KKM)? Sedangkan saya yakin pihak kerajaan juga sedar akan krisis yang bakal dihadapi negara.

“Sekiranya graduan-graduan sektor kritikal ini tidak lagi berminat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam, dan akhirnya adakah tindakan menghapuskan skim pencen ini akan mengakibatkan KKM agar kehilangan ramai lagi pakar yang mungkin akan berjuang ke sektor swasta?” soalnya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menyatakan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Kesihatan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat, Parlimen pada Khamis 29 Februari .

Dr Alias dalam soalan turut meminta kerajaan menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi menarik minat graduan perubatan untuk kekal berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara susulan tindakan Kerajaan menghapuskan skim itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam jawapannya memberitahu, skim pencen adalah dasar ditentukan kerajaan semasa dan kajian impak skim tersebut dikaji menyeluruh dan bakal diumumkan.

“Kita wajar tunggu supaya dapat kita dengar benar-benar sebelum kita membuat presumption atau been very presentative andaian-andaian yang negatif.

“Kita belum dengar kita belum dengar lagi apakah skim sebenarnya. Dan mungkin jauh lebih baik ataupun setanding kalau tidak pun baik sama dengan pencen,” ujarnya.