Benarkah MB Terengganu Ada Tujuh Buah Rumah?

2826

Oleh : Aqilla

KUALA NERUS – Benarkah Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memiliki tujuh buah rumah walaupun tidak sampai sepenggal memerintah negeri Terengganu?

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, sebelumya Razif adalah hanya seorang guru yang dikatakan ada lima buah rumah sahaja.

“Semua perbandingan kita rasa Terengganu jauh (keinggalan berbanding) dengan negeri lain dan salah satu faktor ialah salah urus dan salah guna kuasa serta isu rasuah,

“Dimana ada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan….. di situlah ada penyelewengan………termasuk (dakwaan terhadap) MB tuan puan, ada laporan menyebut dia ada tujuh buah rumah?,” soal beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu berkata demikian, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, pada Sabtu, 3 Mac, disini.

Kata beliau, Umno dan Barisan Nasional menjanjikan pada tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara maju.

Sedangkan katanya, pelbagai masalah dan kesusahan yang menimpa masyarakat pada hari ini dengan hutang negara telah mencecah lebih RM800 bilion.

Kata beliau, negara Malaysia di peringkat dunia telah dipintas Indonesia yang sudah maju ke hadapan.

Menurutnya, skor Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transperancy International (TI) tahun 2017 jatuh daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara dengan penurunan dua mata iaitu daripada 49 kepada 47.

”Sehari dua kita lihat Indonesia (tlah) merampas kapal layar Jho Low (dan) bank Singapura telah menyita akaun bank Jho Low dan ayahnya.

”Amerika sita beberapa aset Jho Low (yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB), Bank Switzeland rampas keuntungan daripada perniagaan 1MDB ni lebih daripada 400 juta dolar,” tegasnya.

Oleh itu, beliau yang juga ADUN Paka, menyeru agar rakyat membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datng yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

“Sebab itulah bebanan yang ditanggung oleh generasi akan datang……sebab itulah rakyat perlu buat perubahan. Sekarang ini adalah tugasan dan tanggunggjawab kita, sudah masuk zaman yang akan menghadapi pilihan raya,

“Terengganu merupakan antara negeri sasaran PAS untuk kita memerintah pada PRU akan datang. Pada PRU 13 ada dua negeri majoriti Melayu yang memberi undi yang tinggi kepada PAS yang pertama Selangor kedua adalah Terengganu,” jelas beliau