Baru Dua Bulan GANTI Ditubuhkan, Bagaimana Mahu ‘Guling’ Kerajaan?!

958

Pertama sekali, saya ucap terima kasih terutama sekali, kepada yang hadir hari ini. Pemberita. Kerana, sudi datang untuk mendengar sidang akhbar yang kita buat pada hari ini. Dan juga kehadiran, Timbala Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Pada hari ini memandang berat tentang perkembangan yang berlaku khususnya bagi NGO-NGO yang turut sedari dalam memperjuangkan isu-isu yang berkait dengan permasalhan masyarakat kita.

Tujuan sidang akhbar hari ini adalah bagi memberi penjelasan tentang isu yang dikaitkan dengan NGO yang sekarang ini saya jadi Presidentnya,iaitu Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI). Gerakan Anak Terengganu Insaf adalah NGO yang masih baru, yang masih peringkat Jawatankuasa Penaja

Khalil dan gantiKegiatan kami lebih kepada bersifat kemasyarakatan, (contohnya) dalam isu pembelaan usahawan Sabasun baru ini (dan) isu yang berkaitan dengan kos sara hiup dan sebagainya. Banyak menyampaikan bantuan-bantuan (termasuk) banjir, setakat ini. Yang tu kita banyak buat.

Walaubagaimanapun, berhubung dengan perkembangan yang berlaku, berkait dengan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat, kenaikan harga barang, kos perkhidmatan dan sebagainya. Kami menyatakan solidariti, dengan perjuangan yang dibuat oleh mana-mana NGO berhubung dengan menyatakan rasa cakna tentang tekanan yang dihadapi oleh rakyat ekoran kos yang disebutkan tadi.

Antara lain, program yang hendak dibuat di Kuala Lumpur, 31hb Disember, yang bersifat ekspresi. Untuk menyatakan rasa cakna, bantahan, terhadap apa yang dikenakan terhadap rakyat. Kenaikan harga barang. GANTI pun nak buat juga, (flshmob) satu bentuk esperesi yang sangat lembut sebenarnya, bukan perhimpunan awam. (Apa) yang kita nak buat, dan setakat ini GANTI sangat sopan, saya cakap dalam mengatakan segala-galanya dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan. (kerana) Saya percaya, kerajaan kita sangat menjunjung perlembagaan.

Maka, kerana itu setakat ini apa yang dibuat, adalah semata-mata bagi mengekspresi bahawa rakyat tidak berapa senang dengan kenaikan kos barang naik. Dan GST akan dijangkakan pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, saya pula baru balik dari Kuala Lumpur, atas urusan perniagaan. Baru sampai semalam, dimaklumkan laporan daripada Terengganu, telah diedarkan risalah secara ‘leaflet’ (kertas), ditampal-tampal, di tiang dan diedarkan ke rumah-ke rumah, dan juga sebaran melalui media internet menyifatkan dengan menggunakan nama GANTI, dan menggunakan tema-tema yang kita sama sekali merasa asing, tidak pernak diguna oleh GANTI. Contoh, penggunaan logo-logo topeng ‘vendetta’, yang itu , kita tak kenal, kita tak pernah terlibat dengan benda-benda begitu.

Dan kemudian, menggunakan istilah “jom guling kerajaan” , yang mana pada kita, sesuatu yang tak sesuai.

Kita baru dua bulan, (macam) mana ada nak guling kerajaan. Dan kita tak pernah guna istilah tersebut. Dalam keadaan sekarang ini, memang kita mengajak rakyat menyatakan sikap. Kerana, kerajaan perlu tahu, bahawa rakyat tidak suka akan kenaikan harga barang. Kos hidup naik. Jadi, rakyat perlu menyatakan sebab kalau tidak, kerajaan akan menjawab dalam surat khabar, rakyat bantah.

Oleh itu, kita kena ekspresikan. Kalau rakyat tidak ekspesikan, maknanya rakyat tak ada masalah. Kalau kita tak cakap dekat kerajaan, macam mana kerajaan nak tahu? Jadi, yang itu kita cuba buat.

“Jom guling kerajaan” bukan dari GANTI. Saya percaya, ia datang dari anasir-anasir luar yang ingin merosakkan nama baik GANTI. Macam hari itu, kita cakap pasal nak bela usahawan Melayu, disokong oleh semua, semua orang nak usahawan Melayu dibela. Dan baru-baru ni, kita edar bantuan banjir ada dekat RM12,000. Macam-macam pihak bagi sumbangan. Mereka percaya apa yang kita buat, tiap-tiap hari saya bagi sumbangan tidak kira parti mana, tiba-tiba , dikaitkan “jom guling kerajaan”.
Saya rasa amat kesal, kebetulan saya ada di KL masa itu, yang betul-betul tak ada dengan saya. Jadi, nama Syed Solah pun ada di ‘pamplet’ itu, lepas itu, saya minta Syed Solah jangan tunggu saya, sebab saya ada urusan yang tak boleh tinggal masa itu, saya minta Syed Sodah buat laporan polis, sebab nama dia ada dalam itu, kemudian, nombor telefon dia pun.

Tak betul. Orang yang buat ‘pamplet’ ni, tak tahu bahawa saya dan Gabungan Anak Terengganu (Gate) tak ada apa-apa (hubungan) sejak bulan Mei lagi. Dan, macam mana ada program bersama pula? Yang ini saya baru terima semalam, melalui ‘whatsapp’,semalam disebarkan gambar saudara Amzad masuk PAS tubuh GANTI, nak guling kerajaan ke kawasan Setiu. Saya duduk di Kuala Terengganu, sebaran dari kampung ke kampung dan rumah ke rumah. Yang bawah itu tulis, facebook.com/dot. Terengganu post. Saya rasa ini satu perkara yang tak munasabah.

Saya nak tegaskan, GANTI TAK PERNAH MEMBUAT PROGRAM DI LUAR UNDANG-UNDANG. Kita sentiasa ‘consult’ (rundingcara) dengan penasihat undang-undang (kita) sendiri. Kalu ada apa-apa nak tegur, tegur lah, kita tak mahu nak buat kerja-kerja langgar undang-undang.

**** Teks Penuh Sidang Media Presiden GANTI, Haji Ahmad Amzad Hashim, di balai polis Kuala Terengganu, menafikan tuduhan yang dibuat melalaui sebaran palsu bahawa GANTI mahu gulingkan kerajaan.

http://www.youtube.com/watch?v=BOvc2-JFqy4&feature=share&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q