‘Barang Naik’ Harga Lagi; Kerajaan Tak Cakna Rakyat

562

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/safinah2.JPGKUALA TERENGGANU – Slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ yang digembar-gemburkan kerajaan Umno/BN hanyallah cakap-cakap kosong (retorik) semata-mata kerana sebenarnya Umno/BN gagal menyelesaikan masalah.

Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh (Gambar) menyifatkan kenaikan terbaru harga minyak, gas dan gula sebagai tindakan kerajaan tidak prihatin (Cakna) rakyat.

“Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya tidak cakna kepada rakyat apabila bertindak menaikan harga bahan api petrol, diesel dan gula.

“Slogan (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan) itu hanya retorik sahaja kerana mereka (pemimpin BN) gagal menghayati masalah rakyat,” ujarnya.

Safinah yang juga Bekas Ahli Dewan Negara berkata, kemampuan kerajaan Barisan Nasional memimpin negara ini mula dipersoalkan serta wajar ditolak dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan itu, Setiausaha Muslimat PAS Terengganu, Raja Endun Raja Abdul Rahman mengajak rakyat sepakat menolak Umno dan kerajaan BN dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, sebelum pilihan raya harga barang telah naik dan selepas pilihan raya pasti akan dinaikkan lagi.

“Saya minta rakyat semua sepakat dan sama-sama kita (rakyat) menolak kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sebelum pilihan raya harga barang telah naik dan saya yakin selepas pilihan raya (harga barang) akan dinaikkan lagi,” tegasnya.