SETIU – Pentadbiran dan pengurusan sumber kewangan yang tidak diuruskan dengan baik sehingga menyebabkan sumber kekayaan negeri tidak sampai kepada mereka yang berhak menerimanya.
Seorang warga emas Mak Cik Lah yang ditemui berkata, walaupun peruntukan daripada kerajaan negeri untuk rakyat ada tetapi tidak sampai kepada golongan yang disasarkan dan yang patut menerimanya.
“Sudah lima tahun saya dalam keadaan sakit terpaksa cari duit belanja sendiri kerana Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak bagi pada ahli PAS,
“Dahla kita tak boleh jalan … sepatutnya layak menerima bantuan tetapi tak boleh daripada sesiapa,…. Maidam tak boleh……zakat tak boleh,” katanya.


Katanya, walaupun alamat sudah ditukar tetapi tidak juga dapat bantuan daripada pihak kerajaan walaupun mempunyai kad OKU.
Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, PAS sangat menitik beratkan kemana peruntukan yang dibelanjakan sepatutnya sampai kepada golongan yang berhak menerima.
“Ziarah pada kali ini berjumpa dengan seorang yang uzur orang kurang upaya (OKU) sudah lima tahun tak dapat bergerak walaupun ada kad OKU tetapi tidak mendapat sebarang bantuan,
“Samada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zakat ataupun MAIDAM,
“Ini suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam suasana masyarakat yang serba maklumat yang pantas masih boleh ada anggota masyarakat yang tercicir,
“Dan diantara perkara yang perlu dibaiki oleh pihak kerajaan yang memerintah,” ujar beliau lagi.



























