Bantu Mereka Yang Kesempitan Akibat Covid

130

KUALA TERENGGANU – Pandemik Covid-19 benar-benar menguji rakyat dan ada yang mengalami kesempitan dalam kehidupan seharian mereka.

Justeru itu, PAS kawasan Kuala Terengganu telah memberi sedikit sumbangan kepada golongan ‘tidak bergaji tetap’ dan terjejas punca pendapatan.

Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka.

“Kami cuba membantu meringankan urusan perbelanjaan dapur mereka.

“Mereka tidak dapat keluar untuk mengajar di masjid surau, tidak dapat mengunting rambut, tidak dapat mengajar mengaji bahkan bagi yang “ada kerja ada gaji” pastinya amat terkesan,” jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan di bererapa lokaliti dalam DUN tersebut, semalam.

Katanya, beliau mendoakan agar situasi ini tidak akan berlarutan lama.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS kawasan Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, pandemik Covid-19 ini benar-benar menguji rakyat khususnya buat mereka yang hanya bergantung kepada gaji harian.

“Dikala kita kekenyangan, mungkin ada sebahagian daripada masyarakat kita yang sedang kelaparan,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menyeru kepada para dermawan agar sama-sama membantu mereka yang kelaparan akibat pandemik Covid -19.

“Kecil bagi kita, besar bagi mereka. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan,” tambah beliau yang juga ADUN Ladang.

“Alhamdulillah, berkesempatan meninjau pusat pengumpulan barangan sumbangan buat mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19,

“antaranya Pasar Bukit Besar, Gelanggang Futsal Berek Panji Alam, Surau Al Ikhwan Flat Gelong Bilal dan yang terbaru di Pasaraya Sabasun Bukit Kecil,” katanya yang juga ADUN kawasan itu.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang menyumbang.

“Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian, ” tambahnya.