Banjir Surut Sedikit

1561


http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/pusutiga1.jpgWalau pun begitu, beberapa kawasan dalam Kuala Terengganu kini dilanda banjir berbanding sebelum ini, yang berlaku di daerah-daerah Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Setiu. (Gambar – Taman Desa Pusu Tiga)

Kampung Pusu Tiga khususnya Taman Desa Pusu Tiga, yang mengalami bah teruk tahun lalu, kini mula dinaikki air dengan barisan belakang rumah-rumah di taman perumahan disitu, terus ditenggelami air sehingga jam 2 petang tadi.

Manakala jalan pantai Tok Jembal menuju ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ditutup (gambar bawah) kepada semua kenderaan dan dilencongkan ke arah kampong.

Tinjauan Buletinonline mendapati, beberapa kenderaan yang tidak biasa dengan jalan tersebut terpaksa berpatah semula.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/tokjembal.jpgMenurut laporan Bernama seramai 496 penduduk dari beberapa kampung dan taman perumahan di Kuala Terengganu terpaksa dipindahkan sejak 3 petang semalam. 

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata sehingga pagi ini, sebanyak enam pusat pemindahan dibuka di daerah Kuala Terengganu dengan 92 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (301), Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (50), Sekolah Kebangsaan Atas Tol (30) dan Sekolah Kebagsaan Banggol Peradong (23).

Sementara itu, katanya mangsa banjir di Setiu ialah seramai 91 orang, Kemaman (1,060), Dungun (3,099), Besut (318), Marang (1,529) dan Hulu Terengganu (494).

http://www.youtube.com/watch?v=cg_HhtgphhY

Bacaan berkaitan;

Banjir di Taman Desa Pusu Tiga

Hakisan Pantai Tok Jembal ‘Merebak’, Penduduk Tambah Bimbang