KEMAMAN- Hujan lebat yang melanda daerah ini sejak 72 jam lalu menyebabkan banyak kawasan rendah mula dinaiki air dan beberapa jalan laluan utama ditutup kepada kenderaan kecil.
Pengarah Khidmat Malaysia Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood berkata semua sukarelawan telah berada dalam keadaan bersiap siaga dan ‘mode standby’ juga telah diaktifkan sebagai persediaan menghadapi banjir.
“Khidmat Malaysia Kemaman terlatih dan berpengalaman menghadapi banjir dan kita mengguna pakai SOP sedia ada yang pernah diiktiraf pengendalian suatu ketika dahulu.
“Arahan kepada semua unit agar bersiap sedia dan memantau segala keperluan agar dapat digunapakai bila-bila masa jika berlaku sebarang bencana dan banjir.


Beliau berkata demikian ketika ditemui membuat tinjuan keadaan banjir di Jambatan Teladas, Kampung Air Putih yang di sini pada Rabu 3 Februari.
Ramlan juga menambah unit prasarana dan peralatan jua telah diurus selia dengan baik dengan kelengkapan-kelengkapan begi operasi menyelamat dan sebagainya.
“Begitu jua kekuatan unit amal dan sukarelawan pemuda telah di kerah untuk bersiap siaga untuk turun membantu.” kata beliau lagi.
Menurutnya, lapan batang jalan di Daerah Kemaman tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan akibat banjir yang melanda beberapa kawasan daerah tersebut bermula semalam.


“Bagi kenderaan yang menggunakan Jalan Kampung Tempurung ke Pasir Minal ditutup pada semua kerana di tenggelami banjir setinggi dua meter, jarak 200 meter,” katanya
Menurutnya, Jalan Batu 10 ditutup pada kenderaan ringan kerana air naik sehingga 0.5 meter, jarak 10 meter dan Jalan sungai Pinang juga ditutup pada kenderaan kecil kerana air naik sehingga 0.5, jarak 30 meter.
“Selain itu, Jalan Pasir Gajahke Kampung Laut paras air naik sehingga 0.5meter, jarak 25m dan ditutup untuk kenderaan kecil dan ringan,
“Manakala bagi kenderaan ringan yang melalui jalan Kampung Paman ke LPT2 juga ditutup kerana air naik sehingga 0.4 meter, jarak 20 meter,”ujar beliau.





























