Banjir Durian Mentangau Dalam Keadaan Berjaga-jaga

1374

DUNGUN – Hujan lebat yang turun semenjak tiga hari berturut-turut menyebabkan keadaan-kawasan rendah di Kampung Durian Mentangau dinaiki air dan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Setiausaha Pemuda PAS Durian Mentangau, Mohd Nizar Alias berkata, jalan menuju ke kawasan kampung tidak dapat dilalui kerana dinaiki air.

Katanya, penduduk terpaksa menggunakan laluan lain yang agak jauh .

“rumah mangsa yang ditenggelami banjir perlu menggunakan bot gentian untuk keluar dari kawasan itu kerana air sudah mula naik.

“Kita telah menerima bot itu yang diberi Pejabat Daerah Dungun yang lalu untuk digunakan,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Sementara itu, kata beliau yang juga Setiausaha MPKK, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sentiasa bersedia untuk dibuka bagi keperluan penduduk kawasan itu.

“Kita akan buka PPS ini di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau jika keadaan semakin buruk dan hujan berterusan,” tegasnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan pada gelombang banjir pertama pada awal bulan baru – baru ini dapat diatasi dengan baik.

“Gelombang banjir yang kedua sekarang ini, kita dapati air banjir semakin menaik daripada sebelum ini mungkin disebabkan paras air sungai sudah tinggi.

Walaubagaimanapun kita sentiasa cakna akan kawasan ini dan diharap penduduk setempat juga perlu sentiasa berwaspada,” ujarnya.