Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh dilaporkan masih terkawal walaupun tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka setakat pagi ini.
Yang DiPertua PAS Besut, YB Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, antara lokasi PPS yang menempatkan jumlah mangsa paling ramai ialah Masjid Kampung Lak Lok dan Masjid Kayu Ulul Albab.
Menurutnya, penghulu mukim berperanan sebagai penghubung utama antara masyarakat untuk memastikan keperluan mangsa dipenuhi serta pemantauan berterusan di PPS dilakukan.
“Di Masjid Kampung Lak Lok, seramai 574 mangsa daripada 166 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan. Jumlah ini merangkumi 149 lelaki dewasa, 188 wanita dewasa, 15 warga emas lelaki, 26 warga emas perempuan, serta kanak-kanak lelaki dan perempuan.
“Manakala di Masjid Kayu Ulul Albab, terdapat 284 mangsa daripada 67 KIR.
“Antara mangsa termasuklah 104 lelaki dewasa, 101 wanita dewasa, , warga emas lelaki, 1, kanak-kanak lelaki, 31, kanak-kanak perempuan , 32, bayi lelaki, 7, bayi perempuan 6, Orang Kurang Upaya (OKU) perempuan 2,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh berkata demikian ketika dihubungi pagi tengahari ini.
Selain itu, Surau Padang Tapong menempatkan empat keluarga iaitu dewasa lelaki, 10, dewasa perempuan, 6, kanak-kanak lelaki, dua dan kanak-kanak perempuan tiga.
“Beberapa PPS lain termasuk Sekolah Kebangsaan Pelagat dan Sekolah Menengah Pelagat sedang bersiap sedia untuk menerima lebih ramai mangsa sekiranya keadaan bertambah buruk,” ujarnya.
Beliau menambah, bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan selimut serta peralatan tidur telah disediakan di semua PPS.
“Mangsa yang terkesan banjir juga menerima makanan tiga kali sehari bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara.
“Alhamdulillah, keadaan masih terkawal buat masa ini dan kami terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan bersedia membuka lebih banyak PPS jika perlu,” tambah Riduan lagi.