Ketua Dewan Pemuda PAS negeri itu juga menasihati masyarakat termasuk di kalangan mangsa banjir supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti kuman kolera dengan meningkatkan penjagaan kebersihan.
Ini, katanya kerana kebetulan pula negeri ini sedang dilanda wabak taun dan pihak hospital menyatakan ia mudah merebak melalui air dan makanan yang tercemar.
Beliau yang melawat beberapa kawasan dalam Dun tersebut yang dilanda banjir bersama anggota rombongan berharap mereka yang terlibat bersabar dengan ujian daripada Allah itu.
Antara kawasan yang terjejas ekoran keadaan itu ialah Taman Perumahan Al-Amin dan perumahan Giat Mara Bukit Payong yang membabitkan lebih 1,200 penduduk.
Pembinaan Lebuh raya Pantai Timur fasa II antara Jabur dengan Tepoh yang melalui kawasan itu dikatakan menjadi punca air naik mendadak dua hari lalu menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air sekitar tiga meter.
Menurut penduduk, sepanjang 14 tahun tinggal di situ, kawasan penempatan mereka tidak pernah dilanda banjir sebelum ini.


























