Bangunan Cantik Jutaan Ringgit Menjadi Tempat Lepak Kambing!

917

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/akademipelayaran1.jpgBangunan tersebut yang telah siap dibina pada tahun lalu, dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit, kini hanya menjadi tempat lepak ‘kambing-kambing’ yang berkeliaran di pulau itu.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Muzafiq Affyulzaifuzan berkata Pengarah Piala Monsun, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh selaku bekas Exco berkaitan, perlu memberikan penjelasan.

”apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut ? dan mengapakah ia dibiarkan begitu sahaja ? Selepas dibina dengan begitu molek dan habis wang jutaan ringgit,

”Wan Hisham perlu jelaskan, selaku bekas Exco Infrastruktur dan Pengarah Piala Monsun,”katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, pada 5 Disember, 2007, Wan Hisham selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, mengeluarkan satu kenyataan yang berkaitan dengan bangunan terbabit.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/CRIM0023.JPGKatanya, bangunan itu di katakan akan menjadi pusat ‘Akademi Pelayaran’ sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan.

Beliau yang juga penduduk tempatan merasa dukacita dan menganggap ia satu pembaziran yang nyata yang dilakukan oleh karajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Rakannya, Saado Mohd Nor, yang juga penduduk kampung tersebut, turut berkongsi pendapat yang sama.

Saado, seorang pekerja swasta berkata, ketika pembinaan tersebut dibuat, para penduduk kampung khususnya golongan nelayan mengalami pelbagai kesusahan.

”Asalnya,tapak bangunan itu, adalah jeti nelayan dan pengkalan kepada bot-bot serta penambang,

”mereka (nelayan) dihambat oleh pemaju, yang tidak membenarkan bot-bot ditambat dikawasan itu,”jelasnya.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/akademipelayaran2.jpgMenurutnya, sehingga kini tidak ada jeti baru yang dibina oleh pihak kerajaan untuk kemudahan nelayan bagi menggantikan kawasan yang telah dibina bangunan tersebut.

Justeru itu, beliau berkata, tindakan pihak berkenaan mendirikan bangunan itu hanyalah untuk menyusahkan penduduk Pulau Duyong, sekiranya tiada penjelasan yang diberikan.

Tinjauan Buletinonline berhubung ‘bangunan terbiar’ itu telah mendapati jawapan yang berbeza-beza diberikan oleh penduduk sekitar.

Ada diantara mereka yang memaklumkan, bangunan tersebut terbiar kerana Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said enggan memberikan kelulusan dan menandatangani tuntutan perbelajaan oleh pihak pemaju.

”Ia ada kaitan dengan perbalahan antara kumpulan Menteri Besar sekarang, dengan bekas Menteri Besar,”kata seorang penduduk

http://www.youtube.com/watch?v=eLQkdoZVdX0.