Bangga Anak Terengganu Jadi Menteri

837
YB Senator Dato’ Haji Husain bin Awang, Pesuruhjaya PAS Negei Terengganu merangkap Ahli Dewan Negara

KUALA TERENGGANU  – Badan Perhubungan PAS Negeri dan seluruh ahli PAS Terengganu mengucapkan tahniah dan bangga dengan pelantikan anak Terengganu menjadi Menteri dan Timbalan.

Pesuruhjayanya Dato’ Ustaz Husain Awang mengucapkan tahniah, buat seluruh Jemaah Menteri Malaysia 2020 yang diumumkan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin petang tadi.

“Pengumuman ini disambut syukur oleh seluruh rakyat Malaysia dan telah menjawab teka-teki yang berlegar sebelum ini.

“Saya juga turut merakamkan rasa bangga dengan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan figura Terengganu,” tegasnya.

Beliau yang juga anggota Dewan Negara berkata demikian dalam satu kenyataan media malam ini.

Justeru beliau berfia agar mereka yang dilantik dapat menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya.

“Selamat berkhidmat., Siiru ‘Alaa Barakatillah, selamat memimpin Malaysia Sejahtera,” tambahnya.