Bandar Baru Kijal Bakal Berubah

5054

KEMAMAN – Bandar Baru Kijal bakal berubah wajah sekiranya Kerajaan Negeri bersetuju mendirikan sebuah Sekolah Rendah Islam di kawasan itu.

Pengarah MTD Kijal, Ustaz Hazri Jusoh telah menawarkan agar pihak kerajaan mendirikan sekolah itu sebagai memenuhi keperluan manifesto PAS pada PRU ke-114 lalu.}

berucap di pentas Bicara Kerajaan Sejahtera sempena Karnival Kijal Sejahtera yang diadakan di Bandar Baru Kijal baru baru ini.

“Kita juga menawarkan kepada Kerajaan Negeri untuk didirikan universiti atau kolej petroleum dan rumah mampu milik di Bandar Baru Kijal ini”,

“Memandangkan daerah Kemaman ini adalah daerah pengeluar minyak maka amat sesuailah ianya didirikan disini iaitu di Bandar Baru Kijal ini,” ujar beliau.

Beliau yang berucap demikian pada acara pentas Bicara Kerajaan Sejahtera sempena Karnival Kijal Sejahtera yang diadakan di Bandar Baru Kijal baru-baru ini, mengesahkan perkara tersebut ketika digubungi hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kemaman terkilan dengan keadaan bangunan yang tersergam indah (Komplek Paya Lasir) tidak dimanfaat oleh kerajaan yang terdahulu.

“InsyAllah kerajaan baru kita ini yang dipimpin oleh YAB Dr. Ahmad Samsuri ini akan memikirkan bagaimana untuk menghidupkan Bandar Baru Kijal yang sunyi sepi selama ini”, katanya.

Karnival yang diadakan selama tiga hari tiga malam yang padat dengan berbagai aktiviti antaranya berbasikal 31 km (funride), konvoi ARC, cabaran kenderaan pacuan empat roda, futsal, booth pameran, bicara murabbi, motoshow dan malam kesenian mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat dan juga masyarakat luar.