Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan berkata, beliau bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan meninjau sendiri secara dekat setiap permasalahan yang timbul di pasar berkenaan.
Ahmad Razif berjanji, kerajaan akan menyelesaikan segera masalah ‘parkir’ dan akses utama ke Pasar Chabang Tiga.
Tak cukup berjanji, Ahmad Razif jamin untuk selesaikan setiap permasalahan membabitkan pasar baharu itu dengan semaksimum mungkin.


Jadi, bukan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin yang sengaja mereka-reka dan menimbulkan masalah lah ye?
Ahmad Razif dilaporkan berkata demikian kepada pihak media selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau ‘mesyuarat exco’ minggu lepas.
Maknanya ada dibincangkan tentang masalah pasar cabang tiga tu dalam mesyuarat exco.
Sebelum jadi MB pun Razif dah jadi exco kan!
Kalau tak silap exco bahagian pendidikan atau Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Dalam mesyuarat exco, semua exco hadir untuk meluluskan dan menyokong semua projek-projek yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan negeri.


Jadi MBKT akan pergi bersama Ahmad Razif untuk meninjau masalah apa yang berlaku, setelah pasar cabang tiga itu siap dan mula beroperasi pada 1 Mei lalu.
Mestilah MBKT juga yang membawa cadangan untuk membina pasar baru atas longkang tu ke dalam mesyuarat exco.
Masa buat cadangan dulu, MBKT tak terfikir pula akan ada masalah ye?
Masa cadangan dibawa masuk ke dalam mesyuarat exco, Ahmad Razif yang ketika itu juga adalah exco, tak terfikir juga ada masalah ye?
Tapi bila tengok pelan cadangan tu pun, budak-budak sekolah pasti akan tanya, “bak pe buat bangunan atas sungai…………atas longkang……..?”




























