Bajet Semakin Naik, Bangunan Semakin Runtuh

1033

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/terminalKB.jpgsebanyak RM82 juta, dari bajet 2009 yang berjumlah RM1.799 bilion.
Dalam pada itu, bumbung sebuah terminal bas berharga RM4.2 juta yang masih dalam pembinaan di Kuala Berang telah runtuh

Ia menjadikan pembinaan yang ke 7 dalam tahun ini yang telah rosak, punah dan runtuh.

Trend berbelanja besar kerajaan Terengganu telah bermula pada tahun 2005 selepas Umno dan Barisan Nasional merampas tampuk pemerintahan dari PAS pada pilihanraya umum ke 11, 2004.

Manakala kejadian rosak, punah dan runtuh ini dijangka berterusan.

Seorang bekas pegawai kerajaan negeri yang pernah bertugas di bahagian perbendaharaan memaklumkan, banyak lagi pembinaan yang akan runtuh akibat penyelewengan dan rasuah

Katanya, antara contoh amalan dalam penyelewengan itu ialah, pihak kontraktor terbabit membuat tuntutan keatas kerja-kerja yang belum disiapkan.

”Setelah mendapat wang tuntutan, kerja-kerja tidak dilaksanakan, sehingga menerima amaran, barulah kelam kabut mahu menyiapkan sesuatu projek,”katanya yang meminta identitinya dirahsiakan.

Menurutnya, perlaksanaan pembinaan yang ‘kelam kabut’ kerana mengejar ‘tarikh siap’ projek menyebabkan ia tidak menurut spesifikasi yang ditetapkan.