Bajet 2018; Bajet Populis

1235

KUALA TERENGGANU – Pemberian terlalu banyak bantuan ‘one-off’ yang dikemukakan oleh kerajaan pada pembentangan bajet 2018 lalu disifatkan sebagai ‘bajet populis’ untuk meraih undi pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, ia ada lah ‘satu penipuan besar’ apabila beberapa senarai pelepasan GST yang diumumkan hanyalah bersifat ‘kosmetik’.

“Penghapusan GST tujuh ‘item’ yang disebutkan adalah tidak mengurang beban kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup,

“Menghapuskan GST perkhidmatan kerajaan, komik dan majalah, operator kapal pesiaran, pembinaan rumah ibadat dan sekolah dengan wang derma, pajakan, perkhidmatan kapal terbang dan rumah berstrata,

“Tidak ada ada satu pun akan mengurangkan harga keperluan harian rakyat, makanan dan pakaian,” tegasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu berkata demikian pada rancangan temubual HARAP TV semalam, Rabu 1 November.

Oleh itu, menurut pandangan beliau, GST yang dikenakan kepada rakyat, asasnya adalah, kerana kerajaan menanggung hutang yang banyak.

“Kerajaan berhutang bukan kerana negara tak ada duit……bukan kerana hasil negara berkurang, hasil tetap ada,

“bukan kerana gempabumi……banjir besar atau kemarau yang panjang……tetapi kerana ketirisan dan kebocoran yang besar,” jelas beliau.

Justeru beliau berkata, PAS mencadangkan beberapa cukai atau ‘kenaan’ khusus sebagaimana dalam dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) bagi mendapatkan hasil.

“Yang bocor ditampung…..kita ganti GST dengan cukai simpanan koperat, orang Islam simpan duit kena zakat sebanyak 2.5% tak ada masalah,

“Yang kedua cukai pegangan saham……ramai yang memiliki saham berjuta ringgit tetapi tidak dikenakan cukai (atau zakat),” ujar beliau.