Baik Pulih Kompleks Kastam, Naik Taraf KQT Ganti KUSZA

550

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu sedang menaik taraf Kolej al-Quran Terengganu (KQT) menjadi kolej universiti, bagi merealisasi manifesto plilihan raya umum lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Kompleks Kastam Pengkalan Gawi bagi akan dibaik pulih bagi mewujudkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menggantikan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

“menjadi hasrat kerajaan untuk mengembalikan semula institusi miliki sendiri sebagaimana Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dahulu, walaupun kita terpaksa bermula dari awal semula tetapi kita yakin usaha dan komitmen ini akan membuahkan hasil pada masa akan datang,

“Sekarang ini kita cuba untuk menyiapkan serta baik pulih bangunan ini dalam menyediakan suasana pembelajaran yang sewajarnya sebelum Januari, insya-Allah kita akan cuba sebaik mungkin,” jelasnya.

Kompleks Kastam Gawi
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,berkata demikian ketika melakukan tinjauan ke Kompleks Kastam Pengkalan Gawi, pada Rabu 8 September.

Katanya bangunan yang terbiar sejak 2017 akan dijadikan kampus sementara Kolej al-Quran Terengganu (KQT) kerana institusi yang sedia ada di Padang Midin tidak lagi dapat menampung jumlah pelajar yang ramai.

Tambahnya, kerajaan telah meluluskan tapak untuk tujuan pembinaan kolej universiti berkenaan seluas 300 ekar di Durian Mentangau dan mengambil inisiatif melengkapkan keperluan Malaysian Qualifications Agency (MQA).

“Untuk menaik taraf KQT beberapa syarat MQA yang mesti dipenuhi, untuk sementara kita tempatkan pelajar di sisni dahulu khusus untuk pengambila pelajar peringkat ijazah dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).” kata beliau.