Bacaan Yasin Untuk Aktivis Muslimat

108

 

Oleh Aina Hassan Basari

SETIU – Bacaan Yasin telah diadakan untuk memohon kesejahteraan dan rahmat buat aktivis muslimat, Kak Mah yang kini terlantar sakit di rumahnya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) DUN Permaisuri, Ruhana Mustapha berpesan supaya para muslimat mengikhlaskan niat sebelum majlis bermula supaya diganjarkan dengan pahala yang berganda.

“Tujuan kita berkumpul hari ini adalah untuk memohon kesejahteraan dan kesembuhan buat Kak Mah yang sentiasa aktif sebelum ini dalam majlis-majlis ilmu serta kita semua yang hadir dalam majlis hari ini,” jelasnya.

Majlis berkenaan telah dianjurkan oleh Ahli Muslimat PAS Cawangan Kampung Che Long di rumah Kak Mah pada 5 Januari yang lepas serta dihadiri oleh beberapa orang AJK Muslimat DUN Permaisuri.

” Kak Mah atau nama sebenarnya Melor Jusoh telah mengidap penyakit kencing manis, buah pinggang dan telah berjangkit kepada jantung. Kaki sebelah kanannya telah dipotong akhir November yang lalu,” katanya.