Ayuh Ke Himpunan Daulat Tuanku

91

KUALA TERENGGANU – Satu himpunan rakyat akan diadakan pada esok, 23 Januari 2024 di hadapan pintu pagar Istana Negara sebagai menyatakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan memerintah.
Presiden Gerakan Anak Terengganu(INSAF), Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata Himpunan Rakyat #DaulatTuanku yang bermula 10. 00 pagi itu akan disertai lebih 20 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu.

“Tujuann himpunan ini sebagai menyatakan ketidakpuasan hati rakyat daripada seluruh negara khususnya kami, rakyat Terengganu dengan merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk menghantar memorandum oleh tiga orang wakil daripada sekretariat,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Negeri Terengganu berkata demikian ketika Sidang Media Khas NGO – NGO Negeri Trengganu yang diadakan di sebuah hotel di sini petang tadi.

Menurutnya, hasrat mereka yang mewakili NGO – NGO Terengganu supaya tindakan diambil terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan Yang Dipertua Agong dengan rasuah yang disebut sebagai derma RM500 juta, RM700 juta.

“Iaitu menerusi hantaran yang dibuat beliau di ‘facebook’ miliknya, bahkan tidak ditarik balik, ini menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak kesahihannya.

Dalam masa, yang sama, katanya lagi, Anwar juga banyak membuat pelbagai tohmahan kepada pembangkang dalam tempoh masa memegang tampuk pemerintahan

“Kami juga mempersembahkan kepada raja-raja Melayu bahawa kerajaan yang ada pada hari ini tidak pandai mengurus ekonomi negara, buktinya kenaikan harga barang seperti kenaikan harga beras, bawang, kenaikan tambang bas sekolah dan pelbagai lagi keperluan asas, ini telah membebankan rakyat samada pengguna mahupun peniaga.

Katanya, selain itu salah guna kuasa, iaitu korupsi berleluasa tidak seperti dilaungkan sebelum ini, dilanggar tanpa rasa bersalah. bahkan di Negeri Terengganu, royalti disekat.

“Agensi-agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) seolah-olahmembuat tindakan terpilih, tuduhan terpilih, apabila melibatkan pembangkang tindakan segera diambil tetapi apabila kerajaan. terjadi, tiada apa – apa tindakan dilakukan, jadi ini rakyat mahu kerajaan bertindak adil pada semua.,” katanya dengan nada kecewa.

Pihaknya juga kesal dengan sikap lemah Anwar dan Zahid yang diperkuda oleh DAP dan tidak peka kepada sensitiviti kaum pribumi terutamanya masyarakat Islam di Malaysia

” DAP yang terkenal suka menimbulkan pelbagai kontroversi, terutamanya berkaitan kaum Melayu dan agama Islam, dilihat mendapat perlindungan dari Anwar dan Zahid,

” dimana kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas mereka, walaupun sudah acap kali DAP menyentuh isu 3R(raja, agama, kaum), tetapi tiada sebarang tindakan undang-undang diambil, berbeza jika dari pembangkang dan dakwaan terus dibuat,” jelasnya.

Justeru beliau menyeru semua pihak hadir dalam perhimpunan rakyat ini untuk mempertahankan institusi raja Melayu dan kedaulatan negara,

” Kami berpandangan kerajaan yang ada pada hari ini perlu berubah ataupun diubah,

“kami yakin, tuanku akan menggunakan. kebijaksanaan untuk membantu rakyat dalam berhadapan dengan pentadbiran negara yang gagal ini, ampun tuanku, Daulat Tuanku,” katanya lagi.