Audio Perbualan Telefon Tanda ‘Jajaran Baru’

188

MARANG – Audio perbualan telefon diantara Presiden Umno dan PKR membayangkan jajaran baru akan dibentuk yang tidak sesuai dengan perpaduan Melayu Islam serta masyarakat majmuk di negara ini.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, partinya komited merealisasikan persefahaman melalui melalui Muafakat Nasional, termasuk dengan PBBM dan Umno.

Manakala muhibbah peringkat kebangsaan katanya, harus dibuat melalui Perikatan Nasional (PN).

“Kita masih lagi menyeru kepada perpaduan umat Islam dan masyarakat majmuk,

“umat Islam ialah Muafakat Nasional, bukan sahaja PAS dan Umno, termasuk Bersatu (PBBM), itu dasar, itu prinsip, yang telah kita bersetuju,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Kuliah Mingguan, di masjid Rusila pada Jumaat, 9 April.

Oleh itu, kata Ahli Parlimen Marang itu, perbincangan agihan kerusi sedang dibuat antara PAS dan PBBM memadangkan Umno belum menerima gagasan Muafakat tersebut.

“tertakluk kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka, kerana sudah ada satu jawatankuasa dibentuk dahulu tapi Umno ubah ‘ditengah jalan’,

” kita tak gopoh kerana pilihan raya umum tak tahu lagi bila akan diadakan, ‘ ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perbualan telefon yang tular antara Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi, merupakan tanda yang jelas tentang jajaran politik baru.

“itu sebahagian daripada jajaran baru yang telah diumumkan, kita terus dengan Perikatan Nasional, kita tolak jajaran baru,

“kita tidak terima jajaran itu, kita tetap dengan Perikatan Nasional, yang melibatkan semua termasuk Umno,” katanya.