Aset Beku Iran Di luar Negara Lebih 100 Bilion USD

198

Aset Beku Iran Di luar Negara Lebih 100 Bilion USD

Ketua bank pusat Iran berkata, aset beku Iran di luar negara bernilai lebih daripada 100 bilion dolar AS.

Gabenor Bank Negara Iran (CBI) Mohammad Reza Farzin membuat kenyataan itu pada persidangan mengenai dasar monetari dan forex di ibu negara Tehran, pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menghuraikan langkah-langkah untuk mengawal inflasi dan turun naik dalam pasaran mata wang asing domestik.

Dalam beberapa kes, kata beliau menurut Agensi Berita Iran (ISNA), tidak jelas mengapa aset Iran dibekukan dalam beberapa akaun luarnya.

Oleh itu, Mohammad Reza menggesa agar langkah politik dan diplomatik dibuat untuk melepaskan aset tersebut.

“langkah yang diambil oleh kerajaan Iran untuk menambah baik pasaran forex domestik dan mengeluarkan rizab mata wang asingnya yang beku di luar negara setakat ini terbukti berkesan,” katanya sambil menambah bahawa hasilnya akan dilihat tidak lama lagi.

Menurut beliau, minggu lalu ISNA melaporkan, 24 bilion dolar aset beku Iran di Iraq dan Korea Selatan dan rizab boleh diakses dalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dalam isu yang sama, temu bual dengan agensi berita dengan ketua Dewan Perniagaan Iran-Iraq, Yahya Al-e Es’haq berkata, Iraq telah mengeluarkan aset beku Iran bernilai 2.7 bilion dolar.

Al-e Es’haq berkata wang yang dikeluarkan adalah berkaitan dengan hutang gas dan elektrik Iraq kepada Iran.