Barrack Obama jelas kelihatan emosi dan pada satu detik dilihat mengesat air mata yang mengalir dipipinya, ketika melancarkan rancangannya untuk mengetatkan kawalan dan penguatkuasaan senjata api.
Beliau mungkin terpaksa menggunakan kuasanya sebagai presiden jika tiada perubahan undang-undang serta merayu agar Kongres meluluskan usul kawalan senjata api tersebut.
Negara yang sering menggunakan pelbagai senjata api dan kelengkapan tentera untuk menakluk dan campurtangan dalam negara asing, kini berhadapan dengan masalah pemilikan senjata api yang begitu bebas di negara sendiri.
Beliau menegaskan, ia adalah mungkin untuk menegakkan pindaan kedua ketika melakukan sesuatu untuk menangani kekerapan tembakan massa di Amerika Syarikat yang katanya telah menjadi “biasa baru”.
Perlembagaan yang menjamin hak untuk senjata api, telah membunuh lebih daripada 100,000 rakyat Amerika Syarikat sejak 10 tahun yang lalu.
Arkib Keganasan Senjata Api, yang mengumpul data mengenai insiden pistol daripada sumber media, kerajaan dan komersial, telah melaporkan 33 kematian pada 1 Januari daripada 106 insiden yang melibatkan senjata api disamping 81 mengalami kecederaan.
Tiga kanak-kanak ditembak mati, termasuk seorang yang berusia dua tahun dibunuh oleh bapanya di Wisconsin.
Sebelumnya, pada perayaan Hari Krismas, 27 orang terbunuh dalam keganasan senjata manakala 63 cedera.
Dalam dekad yang lalu, 300,000 orang telah dibunuh oleh senjata api di Amerika Syarikat
Kira-kira satu pertiga daripada rakyat Amerika hidup dalam rumah di mana sekurang-kurangnya satu orang memiliki pistol.
Terutamanya di kawasan luar bandar di mana senjata api adalah satu cara hidup, ramai rakyat tidak percaya undang-undang senjata hendaklah dibuat lebih ketat.
Keadaan sebaliknya di kawasan bandar, di mana majoriti mahu peraturan senjata api yang lebih ketat.