Artis Masih ‘Trauma’ Kepada Pemerintahan Kerajaan Lalu

2634

KUALA TERENGGANU – Para artis masih ‘trauma’ dalam menerima pemerintahan kerajaan Malaysia baharu kerana masalah yang mereka alami pada zaman pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Seniman Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud berkata, tindakan kerajaan pusat dahulu yang menekan kebebasan mereka.

“artis macam orang biasa juga…tapi sekarang ini masih trauma dan masih senyap… hak molek kita sokong dan hak tak molek kita bangkang,

“(kalau dulu) nak berpihak pada pembangkang dia akan gam (kita) dan mungkin makin lama makin sedar dan dia akan bersama dengan kita (akhirnya insya Allah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pihak media selepas program Santai Selebriti pada program  Madinah Ramadhan di Taman Syah Bandar dekat sini  hari Ahad, 10 Jun.

Mustafa yang popular dengan watak Datuk Sohok bersama seorang artis lain yang dikenali ramai sebagai Abdul Razak menjadi tetamu undangan pada program itu yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Terengganu YAB Ahmad Samsuri Mokhtar di atas kemenangan Parti Islam Semalaysia (PAS).

katanya kemenangan itu adalah atas daya usaha semua ahli dan pemimpin PAS yang telah bekerja keras pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Rakyat Negeri Terengganu pandai memilih calon untuk memimpin mereka… calon yang takut pada Allah SWT,

“itu yang kita nak kalau takut pada Allah… moleklah akan jadi (dalam pemerintahan),” ujarnya.

Menurutnya, pemimpin yang bertakwa adalah seorang yang tahu hukum halal dan haram,  dunia dan akhirat.

Tambahnya, sebagai orang Islam hendaklah memilih agama nombor satu itu dalam sesebuah pemerintahan.