Argon B muncul Johan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda Besut

1456

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT – Kumpulan Argon B muncul sebagai Johan Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Muhd Hakim Zulfikri berkata seramai 42 pasukan menyertai kejohanan buat kali ini.

“Penyertaan yang ramai dari kalangan orang muda ini menandakan bahawa mereka amat memerlukan aktiviti yang sihat sepanjang masa.

“Kejohanan ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan juga dapat mencungkil bakat baru dari kalangan mereka.

“Kita amat menggalakkan para pemuda sentiasa mendampingi program sebegini bagi memastikan mereka sentiasa bergaul dalam masyarakat yang sejahtera,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang di Dewan Komuniti Gong Kemuntong, semalam 15 Februari. Jerteh.

“Sepanjang perlawanan berlangsung kami dari pihak penganjur sentiasa menekankan tentang aurat ketika bersukan bagi memastikan ilmu ini sentiasa diamalkan dalam kalangan mereka.”

Kejohanan sebegini akan terus diusahakan bagi memberi peluang kepada golongan muda untuk terus bersukan.