Apakah MB Ahmad Said dan Kerajaan BN Suka Berjanji dan Berbohong??

869


Berita tersebut sebenarnya satu penipuan yang jelas yang hanya membeli harapan rakyat.

1. Institut Jantung Terengganu ; Satu Penipuan Setakat Ini

Dipaparkan, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kononnya seorang pembela nasib rakyat Terengganu.

“yang miskin dan kurang bernasib baik khususnya yang menghidap penyakit jantung, kanser dan strok lebih terjamin apabila Institut Jantung Terengganu bakal beroperasi pertengahan tahun depan,”kata Ahmad sebagaimana dipetik UKOM.

Maka seluruh pemberita yang hadir, siswa/i, Menteri Belia dan Sukan, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, para Exco kerajaan yang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi serta Anak Terengganu di Kuala Lumpur, di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur, menjadi saksi percakapan dusta Ahmad.

Apa tidaknya, dengan jelas pula dipaparkan dalam akhbar Sinar Harian semalam 16 Mei, tiba-tiba cadangan Kerajaan Umno/BN Terengganu untuk mewujudkan hospital jantung itu, hanyalah baru di peringkat kajian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar membuat kenyataan tersebut, setelah hampir setahun rakyat negeri Terengganu dibuai oleh ‘Impian yang bukan realiti,”.

2. Tanam Sawit Keliling Rumah

Pada tahun 2008, Ahmad Said mencadangkan peruntukan RM100 juta untuk diberikan bantuan kepada rakyat bagi menanam kelapa sawit dikeliling rumah.

Berdasarkan perancangan tersebut, Ahmad Said berkata, penduduk miskin akan diberi 15 hingga 20 benih pokok kelapa sawit untuk ditanam di kawasan keliling rumah.

Namun sehingga kini, janji-janji kosong tersebut, hanya tinggal janji!

3. 10 Ekar Seorang Untuk Tanam Padi

Pada Mac, 2008, Jelapang padi Mak Jintan yang terletak dalam daerah Setiu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hampir setahun selepas itu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam sidang medianya pada Mac 2009, berkata projek penanaman padi di Mak Jintan sedang berjalan.

“Untuk permulaan ini kita nak buka ladang kita di Mak Jintan, di kawasan Setiu,

“sekarang ni kerja-kerja sedang berjalan, untuk 1500 ekar dulu, di jangka dalam masa sebulan lagi, bulan 3 (Mac) atau bulan 4 (April), 100 ekar pertama akan mula ditanam, oleh petani kampung,

“kemudian kita akan teruskan program ini menjadi 1500 ekar, program ladang padi ini, yang akan kita berikan kepada petani 10 ekar seorang,”katanya.

Namun setelah setahun berlalu, kini, tidak ada seekar tanah pun yang diberikan kepada para petani di Jelapang untuk menanam padi!


Janji Kosong Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu


4. Janji Dengan Penduduk Kampung Pak Bang

Banyak janji-janji kosong dan penipuan yang dibuat oleh Ahmad said dan kerajaan Umno/BN Terengganu semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kerana politik dan mahukan kemenanganan calon BN, Ahmad Said pergi ke Kampung Pak Bang dan bertemu dengan penduduk disitu.

Beliau berjanji akan memberikan tanah tapak rumah bagi menggantikan tanah yang diambil oleh kerajaan dikawasan berkenaan.

Ikuti kisah ini dari paparan Buletinonline yang lalu;

Lebih 200 ekar Tanah Orang Melayu Akan Menjadi Korban Pembangunan
Projek ‘Mini Putrajaya’ Ambil Tanah Rakyat Terlalu Murah

KT Central ‘Terminal Termoden’ dan Mini Putrajaya; Bakal Dibina Atas Penderitaan Rakyat

5. Janji Dengan Nelayan Kampung Losong

Para nelayan Kampung Losong Lebai Salleh terasa seolah-olah ‘dipermainkan’ untuk kepentingan politik semata-mata kerana pada dasarnya kelulusan permohonan pembinaan pangkalan ini dibuat ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada tahun lalu.

Paparan beritanya telah didedahkan Buletinonline Nelayan Kecewa Jeti Akan Dirobohkan

 


6. Janji
Peruntukan RM100 Juta Untuk Membina 1000 Unit Rumah Kos Rendah

Menteri Penerangan, Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Menteri Besar Terengganu, bersama-sama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berjanji untuk membina perumahan kos rendah Padang Hiliran.

Projek PPR Padang Hiliran dikatakan merupakan projek yag disenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang akan dimulakan pembinaannya selewat-lewatnya pada Jun 2009 dan dijangka siap sebelum Jun 2012.

Projek ini terdiri daripada 1,000 rumah bertingkat yang akan dibina atas tanah seluas 21.5 ekar bernilai kira-kira RM100 juta.

Pembohongan Sebelum Ini