Anwar Mesti Buktikan Tahap Sokongan Sebenar

92

KUALA TERENGGANU – PAS menegaskan adalah mustahak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan sokongan terhadapnya dalam kalangan ahli parlimen, walaupun beliau telah mengangkat sumpah jawatan.

Presidennnya Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata Perdana Menteri perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima.

“Kami telah cuba yang terbaik. Selepas itu, perdana menteri mesti membuktikan tahap sokongan sebenar yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan melalui media sosialmya

Ahli Parlimen Marang itu menambah, segala perkara yang telah berlaku pasti ada hikmahnya.

“Yang penting kita jujur kepada rakyat, bersabar, dan tetap istiqamah.” jelasnya.

Ustaz Hadi turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi.

“Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti.”, kata beliau

Terdahulu, gabungan Perikatan Nasional (PN) pada sidang media Semalam bertegas bahawa PN telah menerima sokongan 115 ahli parlimen untuk menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Justeru Anwar telah berjanji akan menyelesaikan perkara yang dipertikaikan itu dengan mengadakan persidangan Parlimen pada 19 Disember.

Beliau berkata akan menunjukkan tahap sokongannya di kalangan penggubal undang-undang dengan usul undi percaya.