Anugerah Tokoh Muallim Pra Sekolah Pengigtirafan Keoada PASTI

338

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANUi – Penganugerahan Tokoh Muallim Pra Sekolah peringkat Negeri Terengganu baru-baru ini mengiktiraf Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) sebagai sebuah institusi pendidikan awal.

Penerima anugerah tersebut, Noriah binti Koter dilahirkan pada 20 Jun 1963, mempunyai tiga orang anak dan bergelumang dalam dunia pendidikan kanak-kanak sejak tahun 1984.

Beliau tinggal di Kampung Kubang Panjang, Kuala Terengganu masih berkhidmat menjadi Guru PASTI di Pasti Al-Iman Bukit Payong, Marang.

“Saya terkejut kerana tidak menyangka diiktiraf sebagai tokoh, kerana di luar sana masih ramai lagi guru-guru pra sekolah lain yang lebih hebat,” jelasnya ketika dihubungi pada hari ini.

Katanya, beliau banyak berkongsi tentang cabaran rahsia sehingga kini masih istiqamah menjadi pendidik dan bergiat aktif dalam jemaah.

“Saya akan meminta keizinan daripada kedua ibu bapa bagi pertembungan antara dua tugas PASTI dan jemaah kerana kunci kejayaan ada pada mereka.

“Sokongan daripada jemaah, pengurus dan guru-guru di sekeliling seperti keluarga, tolong menolong untuk meringankan gerak kerja,” katanya.

Beliau menambah, walaupun imbuhan guru PASTI tak seperti institusi Pra Sekolah lain dan banyak menerima tawaran dari tempat lain, beliau tetap teguh pendirian serta tidak berganjak dari situ mencurahkan ilmu pada anak-anak didik.

“Ikhlas kerana Allah menjadi guru PASTI tidak ada gaji tapi ada imbuhan sahaja, mengikut kemampuan PASTI masing-masing, kerja mengharap mardhatillah,” ujarnya.

Justeru itu, beliau turut menasihati anak-anak muda agar menjaga akhlak dari segi pergaulan dengan masyarakat, pakaian dan tingkah laku.

“Walaupun di mana kita berada akan dihormati dengan panggilan cikgu memantapkan lagi untuk istiqamah dalan pendidikan Pra-Sekolah.

“Sentiasa meminta izin dengan kedua ibubapa untuk menjalankan tugas dan ketempat-tempat mencari ilmu kerana sentiasa melapangkan hati mereka,” tambah Noriah.

Beliau memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Majlis Guru PASTI Malaysia (MGPM), Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Terengganu, AJK Lajnah Tarbiyyah dan perkaderan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT).