Antartika: Percanggahan Maklumat Yayasan Diraja Sultan Mizan Dengan Menteri Besar

1131

Saya merujuk laporan Portal Rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) bertarikh 24hb Januari 2014 yang bertajuk “Yayasan Diraja Sultan Mizan Nafi Anjur Lawatan MB Terengganu Ke Antartika”.

Laporan ini secara terus menidakkan laporan akhbar bertarikh 15hb Januari 2014 yg bersumberkan Kenyataan dari Pejabat Menteri Besar Terengganu yg melaporkan ekspedisi 15 hari itu anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan. Laporan ini telah mendapat kritikan keras dari rakyat Terengganu dan seluruh negara kerana ekspedisi seperti itu dilihat pembaziran sumber milik rakyat ketika rakyat di dalam kesusahan berdepan kos sara hidup yang meningkat.

Rakyat merungut Menteri Besar ekspedisi mewah ke Antartika, rakyat masih ramai susah terpaksa tidur “Atastikar”.

Menteri Besar Terengganu pula melalui seluruh jentera penerangan Kerajaan Negeri habis-habisan mempertahankan ekspedisi itu sambil di masa yg sama pula rakyat tertanya2 mengapa Yayasan Diraja Sultan Mizan yang didakwa sebagai penganjur tidak pula memberi respon apa-apa.

Dalam pada itu, ekspedisi itu bagaikan berlepas secara tergesa2 tanpa sempat dibahaskan pun di Sidang DUN.

Saya tak fikir Setiausaha Kerja YDSM Mohd Azrul Ismail memandai mandai dlm mengeluarkan kenyataan penafian yg mempunyai implikasi cukup serius ini melainkan dengan penelitian dan autoriti yg secukupnya.

Untuk itu rakyat Terengganu berhak mendapat penjelasan dari Menteri Besar Terengganu berhubung kedudukan sebenar. Kegagalan memberi penjelasan yg munasabah mencemar kredibiliti MB sebagai pemimpin negeri dan juga memalukan negeri dan YDSM yg berada di bawah naungan Tuanku Sultan Terengganu.

*** Artikel diatas adalah tulisan Presiden NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ) Haji Ahmad Amzad Hashim.