Bertemakan Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan yang merupakan satu tema yang amat sesuai dengan masa terkini. Pas amat berkeyakinan jika diberi peluang oleh rakyat untuk menerajui kembali Negeri Terengganu untuk membawa rakyat kearah yang lebih baik berbanding pemerintahan pimpinan Umno-BN yang dipimpin oleh Dato Seri Ahmad Said. Dengan bajet sejak 3 tahun memerintah yang telah membelanjakan hampir 6 ribu juta ringgit, hakikatnya apakah yang dikecapi oleh rakyat?. dengan kedudukan kedua terbawah sebagai negeri termiskin di Malaysia meskipun memperolehi royalti. Apatah lagi kemampuan mencari sumber kewangan Terengganu selain royalty hanyalah berjumlah 150j sahaja. kalau tanpa royalti nescaya nak bayar gaji kakiktangan pun Mat Said tak mampu.
Peluang pekerjaan yang berkurangan. Apalah sangat rakyat nak harapkan peluang pekerjaan apabila projek ubi gadong yang diutarakan oleh MB Terengganu. Itulah tahap yang beliau mampu fikirkan. Tapi semua tahu bahawa beliau kini kaya raya. Membeli asset disana-sini. Mungkin beliau sudah menjangkan bahawa beliau hanya MB sepenggal je kot! Rakyat makin hari makin terbeban tetapi pemimpin Umno mengaut projek dan semakin kaya raya.
Masalah sosial semakin meningkat. Kezaliman pimpinan Umno juga semakin terserlah. Diskriminasi terhadap rakyat khususnya bagi mereka yang tidak menyokong kerajaan. Tanah-tanah yang dibahagikan semasa kerajaan Pas dahulunya dirampas dan sehingga kini tidak mendapat pembilaan yang sewajarnya. Apatah lagi kerakusan mereka merobohkan masjid Bujal yang sehingga kini diberi pembalasan ‘cash’ oleh Allah Taala dengan pelbagai jenis pembangunan yang runtuh di Terengganu.
Atas kepekaan masalah rakyat ini Pas Terengganu menyakini bahawa asas Islam yang kukuh dan dibina pembangunan yang diredhai Allah mampu mengembalikan kegemilangan Terengganu untuk maju zahir dan spiritualnya. Pengalaman Pas memerintah Terengganu sebelum ini dan memerintah Kelantan melebihi 20 tahun berjaya membuktikan bahawa Pas lebih mampu. Kelantan meskipun berpendapatan hanya 500j dengan bilangan rakyat yang lebih ramai tetapi keberkatannya menzahirkan bagaimana Kelantan jauh labih maju berbanding negeri-negeri dipantai timur yang diperintah Umno iaitu Terengganu dan Kelantan.
Atas cakna kepada maslahah rakyat kini, pihak Pas akan menawarkan 10 tawaran utama yang seiring dengan tawaran PR jika menawan Putrajaya dengan ‘Buku Jingga’ yang menawarkan 10 janji selepas 100 hari PR memerintah. Pas Terengganu hanya mengumumkan 5 perkara dan 5 perkara lagi yang lebih hebat akan diumumkan dimasa akan datang. 5 perkara yang telah diumumkan ialah:-
1. Pas akan menyelesaikan persoalan tanah rakyat khususnya yang dirampas oleh kerajaan yang lalu.
2. Memberi kembali pengecualian cukai pintu rumah kediaman
3. Mewujudkan 17,000 peluang pekerjaan khususnya kepada anak muda yang menganggur
4. Memberi cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan yang kematian suami sebagai tempoh bergabung.
5. Merakyatkan ekonomi dan menawarkan skim khas bagi membantu kemiskinan.
Bagaimana 5 perkara yang ditawarkan oleh pimpinan Pas boleh menjadikan rakyat Terengganu menderita? Bagaimana pensyarah UUM, Sintok nun jauh diutara mengetahui bahawa rakyat Terengganu akan menderita jika Pas memerintah. Sama seperti anggapan bahawa Malaysia akan bangkrap jika PR memerintah Malaysia?
Rakyat Terengganu ‘derita’ jika pilih Pas memerintah KUALA LUMPUR 17 Okt. – Rakyat Terengganu bakal ‘menderita’ sekali lagi jika mereka memilih Pas sebagai parti pemerintah negeri tersebut. Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini kerana manifesto yang dilancarkan parti itu semalam hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya. ”Terbukti apa yang dijanjikan parti itu tidak dapat dilaksanakan seperti janji kerajaan Pas di Kedah menurunkan cukai tanah, tetapi sekarang mereka sebenarnya merana akibat tindakan itu kerana cukai merupakan pendapatan kepada kerajaan negeri. “
Sama seperti ‘Dr Jepun’ Datuk Rosli Hassan yang membuat kenyataan bahawa Manifesto Pas adalah janji kosong.
DUNGUN – Manifesto Pas berkonsepkan negara kebajikan yang dilancarkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena perhimpunan kebangki-tan rakyat Pas Ganti Umno (PGU) di Chendering malam kelmarin disifatkan tidak lebih daripada strategi untuk meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Pengarah Strategik Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, setiap kali pilihan raya Pas akan melancarkan manifestonya, namun apa yang menjadi persoalan adalah sejauh mana manifesto itu mampu dilaksanakan, Katanya, menjelang pilihan raya umum, semua parti politik tidak kira parti pembangkang atau kerajaan akan melancarkan manifesto masing-masing. “Saya berani berkata bahawa Pas jika buat manifesto sebegini hanya janji kosong, contohnya 64 resolusi dalam manifesto pilihan raya 1999, ditakdirkan Tuhan mereka dapat perintah Terengganu, berapa dapat laksanakan? “Saya rasa tidak lebih daripada lima yang dapat dilaksanakan,” katanya yang juga Pegawai Pembangunan Dun Sura.
Diharapkan Dr Sintok itu buatlah kajian sedikit. Sesuai dengan status ahli akademik dan professional berdasarkan pemerintahan dizaman pas di Terengganu dari tahun 1999-2004. Nanti orang cakap Dr cap kangkung pulak. Apakah sebenarnya yang rakyat menderita ketika itu? Adakah rakyat Terengganu tak cukup makan atau makan pasir? Rakyat mengecapi penghapusan tol. Pemilikan tanah dibuka semula sehingga 70,000 lot tanah berjaya diluluskan oleh Kerajaan pimpinan Pas. Rumah kos rendah yang dibangunkan disetiap daerah. Beberapa pmbangunan pekan baru diwujudkan seperti Pekan bukit payung, pekan Paka. Cukai rumah kediaman yang dikecualikan. Tiada diskriminasi pinjaman pelajaran dan mengagihkan zakat kepada pelajar yang memerlukan bahkan member peruntukan kepada SAR. Pemberian 1,000 ringgit kepada pelajar yang memasuki pengajian tinggi. Menutup pusat perjudian dan tempat maksiat. Menghidupkan pembinaan insan. Mewartakan hukum Hudud, Qisas & Ta’zir. Mewujudkan Sekolah Rendah Islam (SRAB), KOSTAQ dan banyak lagi….
Bagaimana boleh rakyat derita kerana itu? Atau bagaimana dikatakan janji kosong sedangkan rakyat merasa nikmat tersebut bahkan rakyat tahu makna duit ehsan itupun semenjak pas memerintah. Sepatutnya para Dr ini bertanyakan projek Masjid Kristal. Pembangunan Pulau Waman tu. Monsun Cup. Pembangunan stadium dan beberapa bangunan lain yang runtuh? Hilangnya KUSZA. Tidak diktirafnya Diploma KUSZA? Projek pembangunan Kenyir. Projek Ubi Gadong. Kemana pergi 6 billion bajet tu? Apa yang rakyat dapat manfaat??? Sepatutnya Ketua Bahagian Dungun itu perjelaskan isu MRR2 untuk pengetahuan rakyat daripada member komentar yang tidak bermakna itu.
***Tulisan Ustaz Satiful (Saiful) Bahri Mamat, (Gambar – berbaju ungu) Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Terengganu