Anak Muda Diseru Berhimpun Di Kemaman

210

KUALA TERENGGANU – Seluruh anak muda negeri ini diseru untuk menghadiri program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang bakal diadakan di Kemaman.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Harun Esa berkata, pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi program tersebut bagi membangkitkan semangat perjuangan anak muda Terengganu.

“Pengisian rohani melalui majlis ilmu dan tazkirah yang akan merapatkan ukhuwwah sebagai keluarga besar pemuda Islam Terengganu.

“Melalui aktiviti bersukan akan membangkitkan semangat berpasukan juga melalui pertandingan perarakan masuk konvoi mengikut daerah-daerah,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Harun berkata lebih bermakna dan istimewa kerana ia akan turut dihadiri Pemuda PAS dari Negeri Pahang

“Dalam rangka menjalankan kerjasama antara pemuda Terengganu dan Pahang,” katanya.

Apa yang lebih utama dan penting ujarnya adalah diharapkan program yang akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia itu dihadiri seramai mungkin

“Pada kali ini HIMPIT akan lebih meriah dengan pelbagai cabutan bertuah istimewa juga turut disediakan.

“Pastikan orang muda ambil peluang untuk bersama pada kali ini.

“Jumpa di sana,” ucap beliau.