Terengganu, Malaysia

’Amphicoach’ Sakit Tenat

BasAmfibia

KUALA TERENGGANU – Bas amfibia ‘Amphicoach’ bolehlah dianggap seumpama seorang pesakit yang dibawa ke hospital dan mengalami kesakitan yang kritikal sehingga sudah tidak mampu dipulihkan lagi.

Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) PAS Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, pihak kerajaan PAS Negeri Terengganu akan menolak projek tersebut bagi diteruskan menjadi salah satu produk baharu tarikan pelancongan dalam industri pelancongan.

“Ini kerana kontraktor tidak dapat mematuhi terma kontrak, selaras klausa 20 kurungan A, (iaitu) penamatan pengajian kontraktor.

“Projek ini juga gagal mendapat taraf pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia.

“Kita ada dengar akhir-akhir, kenderaan ini nak (jadi) kereta kebal nak naik ke udara pula, sebab laut tak boleh (dan) darat pun tak boleh,” selorohnya ketika berucap .

’Amphicoach’ Sakit TenatBeliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata demikian ketika menjawab persoalan ADUN Tepoh.

Ustaz Hishamuddin Abdul Karim telah mengewmukakan soalan lisan sejauh manakah bas tersebut boleh dimanafaatkan oleh kerajaan negeri, pada Persidangan DUN Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, Pada Selasa 2 April.

Ariffin telah memaklumkan bahawa beliau menerima laporan dari Jawatankuasa kira-kira Wang Awam (PAC) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14, dimana telah disyorkan sebagaimana Jabatan Kerja Raya mengesyorkan supaya projek ini ditamatkan.

“Kerana sebagaimana yang saya sebutkan tadi, begitu juga projek ini akan diserakan kepada Taman Tamadun Islam (TTI) corak Lembaga pengarah TTI juga (turut) mengesyorkan supaya pihak kerajaan tidak serahkan (projek ini) kepada mereka,” ucapnya.

Selain itu Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu juga tidak mahu menerima BAS ‘Amphicoach’ ini, dan ujarnya secara berseloroh , berkemungkinan hanya MUzium Negeri Terengganu saha yang akan menerim bas yang amat bermasalah ini.

Ketika ditanya berapakah jumlah yang telah dibelajankan oleh Kerajaan PAS Negeri Terengganu untuk pembelian bas berkenaan, beliau menyatakan bayaran seingga kini ialah dua perpuluhan tujuh juta dan empat puluh lima ribu.

“Baki kontrak yang sepatutnya dibayar adalah Tiga Ratus Tiga Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Lima Puluh (336,350).

Turut dijawab beliau, bahawa bas ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Penganggkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan