Amaran angin kencang, ribut petir, Ombak Besar dan laut bergelora

792

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, angin kencang berkelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) bersama ombak besar mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu akan berlaku di negeri Terengganu, Kelantan, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sehubungan itu Bernama turut melaporkan, kejadian ribut petir di perairan Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat, Kuching, Sabah Utara iaitu di Kudat dan Sulu dijangka berterusan sehingga malam ini. 

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40kmsj dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian 2.5 meter sekaligus berbahaya kepada bot-bot kecil.