Allah Jaga Perjuangan PAS

174

DUNGUN – Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa menjaga perjuangan Parti Islam SeMalaysia selagi parti itu menggunakan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai rujukan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato Panglima Perang, Dato Nassuruddin Daud berkata Allah Taala akan menjaga perjuangan ini sebagaimana Allah menjaga Al-Quran yang tiada orang boleh mengubahnya, kekal sampai hari kiamat.

“Begitulah Allah menjaga perjuangan yang meletakkan Al-Quran sebagai rujukan yang paling tinggi di dalam perjuangan itu,” tegasnya.

Beliau berucap demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib sempena Sambutan Ulangtahun 70 Tahun PAS Peringkat Kawasan Dungun yang diadakan di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin di sini semalam.

Turut hadir di majlis tersebut Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Nassuruddin turut mengingat bahawa kejayaan PAS pada hari perjuangan orang – orang terdahulu sejak 70 tahun lalu.

“Apa usaha kita untuk mengekalkan kemenangan yang ada dan untuk menyebarkan dan menyebarkan kemenangan PAS di seluruh negara.
Tanyakan diri kita?”, katanya dengan penuh semangat.