UMNO berhadapan keadaan tidak menentu hari ini sekiranya jawatankuasa disiplin mengambil tindakan keatas pemimpin utamanya, lapor Malaysian Insider.
Difahamkan beberapa calon telah pun menerima surat tunjuk sebab berkaitan dengan dengan amalan rasuah dalam pemilihan UMNO.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara tersebut jam 4 petang hari ini.
Petang semalam, ugutan tindak balas telah pun kedengaran dari para penyokong pemimpin utama sekiranya pemimpin mereka dihukum oleh jawatankuasa disiplin.
Selain Ali Rustam, beberapa calon lain juga berhadapan dengan tindakan disiplin menghalang mereka dari bertanding dalam pemilihan UMNO minggu depan.
Antaranya pemimpin UMNO yang dikatakan terlibat dengan amalan merasuah perwakilan dan melanggar peraturan kempen adalah Khairy Jamaludin, Khir Toyo, Muhammad Muhammad Taib, Azalina dan Norza Zakaria.