AJK Muslimat PAS Terima Anugerah

731

KUALA TERENGGANU – Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu menerima anugerah Tokoh pendidik peringkat Negeri pada tahun ini.

Ustazah Noorzila Mohamed, 48, menjadikan pengiktirafan kerajaan itu sebagai inspirasi kepadanya untuk terus berdakwah.

“sebagai daie, akan mengajak masyarakat, terutama muslimat terus mencintai ilmu dan beramal dengan Islam,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang masih mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara, Manir, berkata dunia pendidikan banyak mengajarnya untuk lebih memahami situasi masyarakat dan persekitaran.

“seorang guru ibarat seorang petani yang sentiasa memastikan tanamannya subur tanpa gangguan musuh.” tambahnya

Menurutnya, pelbagai cabaran ketika mendidik anak-anak untuk menjadi insan berguna bukan perkara yang mudah.

“Anak-anak yang kurang minat belajar ini boleh diselesaikan melalui guru sebagai murabbi bukan sekadar pengajar.

“begitulah tugas seorang pendidik. Kena jadikan murid sebagai anak-anak yang disayangi,” ujar beliau yang menetap di Kampung Kubang Bujuk.

Ustazah Noorzila yang bertugas menjadi guru sejak tahun 2005 turut menasihati generasi muda agar kekal istiqamah dengan ikhlaskan hati kerana Allah.

“Belajar untuk memahami politik Islam dan mengkaji sirah-sirah Rasulullah serta memahami perjuangan para muslimat Islam masa silam,” ujar beliau.

Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Terengganu, Ketua Tarbiyyah Hulu Terengganu, AJK Tarbiyyah Negeri Terengganu, Ajk alimat Negeri Terengganu, Naqibat Teras Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Dan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT).

Selain itu, AJK tarbiyyah DMPM, Penasihat Muslimat Dun Manir, Naqibat Ameerah Hulu Terengganu dan Setiausaha Muslimat cawangan Kubang Bujuk serta penceramah bebas dan pengkuliah bertauliah negeri Terengganu.