Aidiladha; Konsep Pengorbanan Nabi Ibrahim Wajar Diteladani

2403

KUALA TERENGGANU – Konsep pengorbanan daripada peristiwa disebalik sambutan Aaidiladha wajar diteladani oleh semua rakyat negeri ini.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan ketaatan anakanda beliau baginda Nabi Ismail perlu sentiasa dihayati.

“Dalam konteks dunia pada hari ini, konsep pengorbanan itu sendiri mencakupi makna yang lebih luas dan mendalam.

“ Ia menuntut sebuah tanggungjawab, terutamanya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya dalam menyumbang ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara.

“Konsep itu wajar diteladani oleh kita semua umat Islam terutamanya ketika keadaan negeri kita baru sahaja bertukar tampuk pemerintaha,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Sempena Aidiladha pada hari ini, sempena perayaan itu yang akan disambut oleh umat Islam Malaysia esok, 22 Ogos.

Sehubungan itu, beliau berkata, apa yang baik yang dilaukan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan, manakala setiap kelemahan yang ada kita akan perbetulkan.

“Semua ini dilakukan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kepentingan dan kebaikan rakyat. Oleh itu, cita-cita ini tidak akan terlaksana tanpa pengorbanan daripada kita semua.

“Saya juga berharap agar semua rakyat Terengganu khususnya kepada semua penjawat awam akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi serta sanggup melakukan pengorbanan dengan penuh ikhlas,

“demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri Terengganu yang kita cintai ini agar terus maju, berkat dan sejahtera seiring dengan kemajuan negara dan dunia,” tambah beliau.