Ia satu bentuk penyelewengan yang jelas dan nyata, dimana dana awam, wang rakyat negeri Terengganu melalui sumber peruntukan kerajaan digunakan bagi membiayai aktiviti parti Umno.
Sebagai bekas pegawai tadbir negeri (Terengganu Civil Services) dan sebagai wakil rakyat serta Exco kerajaan bertahun-tahun, sepatutnya Ahmad Said tahu perbezaan diantara kerajaan dan parti politik.
Namun sikap angkuh Umno yang menebal hatta dalam diri Ahmad Said sekalipun, menyebabkan ramai pemimpin Umno yang buta mata dan buta hati.
Terbaru, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah digunakan sewenang-wenangnya untuk memberikan kursus kepada Puteri Umno.
Bukan setakat Puteri Umno Terengganu, malah turut hadir adalah Ketua Puteri Umno Malaysia Rosnah dan juga mantan Ketua Puteri, Azalina.