

Walaupun dalam video klip tersebut, Idris dilihat begitu ceria kerana lirik dikir yang dinyanyikan, seolah-olah memujinya, namun Ahmad Said sedikit tertekan dan sering bertepuk tangan ‘salah tune’.
Lirik dikir tersebut cuba menyembunyikan sebenarnya tentang fakta jenayah dan dadah yang berlaku di daerah Besut sebenarnya begitu kritikal.
Pengarah AADK negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor mendedahkan, daerah Besut, daerah dimana Idris Jusoh menjadi Ketua Bahagian Umno, menjadi ‘Juara’ dalam bilangan penagih dadah manakala daerah Kemaman, dimana Ahmad Said menjadi Ketua Bahagian, menjadi naib Juara.
“‘Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91),”katanya
Berita berkaitan;
Islam Hadhari Besut Bestari
Besut Juara, Kemaman Naib Juara
http://www.youtube.com/user/MrDisanaCRV





























